Buku TAFSIR AYAT AHKAM Penulis DR KADAR M YUSUF Penerbit AMZAH 2011
ISBN : 9786028689
NO PANGGILAN : 297.13 KAD
HARGA : RM86.00
PENGARANG : DR KADAR M. YUSUF, M.AG
PENERBIT : PENERBIT AMZAH
TAHUN : 2011
BAHASA : MELAYU
Al-Quran ialah mukjizat yang dipelihara oleh Allah swt hingga kiamat. Segala sumber hukum dan syariat terkandung di dalamnya, tidak kurang juga kisah orang-orang terdahulu yang di ceritakan Allah sebagai pengajaran dan pedoman umat. Betapa beruntungnya umat itu sekiranya mereka menerap dan mengaplikasikan ajaran yang terkandung di dalam Al Quran. Secara umumnya Al Quran seharusnya singgah dan melekat di hati setiap umat Islam. Al-Quran merupakan kilang pahala kepada yang membaca, mendengar bahkan juga kepada yang hanya memandangnya.
Di dalam buku ini penulis telah menjelaskan tafsir Al-Quran dari pelbagai surah yang bersangkut paut dengan hukum islam dan peraturan-peraturannya yang telah di titahkan oleh Allah swt. Ini termasuk lah masalah- masalah ibadah, perkahwinan dan jenayah. Di samping itu juga perdebatan dan perbezaan pendapat ulama juga menjadi sumber rujukan penulis untuk memuktamadkan hukum.
Dalam bab 6 Penulis telah memetik beberapa surah seperti Al-Baqarah, Al Maidah, Al Mukminun ,
Al-Aaraf dan Al-An’am yang mengingatkan orang-orang mukmin supaya memakan makanan yang Thayyibat iaitu halal, suci dan di senangi. Sebaliknya juga terdapat secara jelas larangan daripada memakan yang mendatangkan mudarat kepada yang memakannya seperti darah dan babi.
Ulasan Oleh
MUHAMAD RADZI BIN IBRAHIM\
PAD LIPIS.
No comments:
Post a Comment