ULASAN BUKU Jun 2018
BUKU Panduan Senaman untuk Kesihatan PENULIS Hairul Anuar Hashim PENERBIT Hairul Anuar Hashim dan Asmadi Ishak 2017 RM22
No Perolehan : EPER 17-000843
ISBN: 978-983-49-1354-0
Kategori: Teknologi
Ringkasan / Umum :
Buku Panduan Senaman untuk Kesihatan tulisan Hairul Anuar Hashim ini dapat membantu pembaca dengan tip-tip dan olahan terperinci pada setiap bab serta memuatkan contoh-contoh jadual, statistik dan panduan bergambar sebagai rujukan ringkas dan mudah difahami serta sesuai dijadikan sebagai contoh rujukan untuk senaman.
Panduan Senaman untuk Kesihatan merupakan koleksi buku yang tujuan asal untuk memberi tunjuk ajar senaman. Bersukan dan bersenam dapat memberikan kesejahteraan yang menyeluruh dari segi kesihatan, fizikal, mental, social, emosi dan juga rohani.
Panduan yang disediakan adalah bagaimana menjadikan senaman sebagai satu ibadat, bagaimana hendak memulakan sesi senaman, teknik senaman kalistenik dan lain-lain.
Diharapkan panduan yang diketengahkan dalam buku ini dapat mencetuskan minat dan mengubah sikap masyarakat dalam membudayakan aktiviti senaman dan sukan dalam kehidupan seharian.
Judul: Panduan Senaman untuk Kesihatan
Pengarang: Hairul Anuar Hashim
Penerbit: Hairul Anuar Hashim dan Asmadi Ishak
Tahun Terbit: 2017
Harga: Rm 22.00
Muka surat: 138
Rating:-
Disediakan Oleh:
Muhamad Nur Syukran Bin Muhamad Hanafiah
Pembantu Pustakawan
PD Peramu Jaya 3
Di semak Oleh :
Norkamila binti Mahmud
Ketua Perpustakaan Daerah
PAD Pekan
No comments:
Post a Comment