BUKU SIHAT DENGAN MINYAK ZAITUN PENULIS PROF DR SAID HAMMAD PENERBIT AR RISALAH PRODUCT 2014 RM12
No Perolehan: 05644
ISBN 9789670268798
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: Dewasa
Ringkasan/ Ulasan
Buku SIHAT DENGAN MINYAK ZAITUN ini berkisahkan tentang kesihatan dan kebaikan pengunaan minyak zaitun.mengunakan minyak zaitun ini termasuk sunnah Nabi.Minyak zaitun terdiri daripada unsur minyak yang dinamakan glyceraldehydes ( Ester ) dengan peratus 97% dan diperkaya dengan vitamin (A,B Dan C).
Oleh sebab itu minyak zaitun ini tidak menyebabkan kolesterol dan minyak yang paling baik kualitinya. Beberapa manfaat perubatan minyak zaitun di antaranya.
. Melegakan rasa memulas dalam perut.
. Mengusir cacing
. Menghancurkan batu karang dan memperbaiki sistem ginjal (buah pinggang)
. Menghilangkan rasa sakit belakang.
. Mencegah tumbuhnye uban,mencantikkan rambut dan mencegah rambut luruh.
. Amat berkhasiat untuk mengubati kudis dan ulser mulut.
Kajian moden yang dilakukan di salah satu institusi kajian di Sweden menunjukkan bahawa mengambil makanan yang dimasak dengan minyak zaitun mampu mengurangkan risiko mendapat kanser payudara bagi wanita.Sebabnya, minyak zaitun mengandungi unsur penawar kanser payudara.Minyak zaitun boleh diekstrak daripada lebih kurang 50 jenis minyak yang boleh memberikan pelbagai jenis masakan dan rasa.
Di dalam pemakanan atau diet seharian dan minyak zaitun ini mudah didapati dan sangat popular di negara asia barat. Semoga dengan kehadiran naskhah kecil ini memberikan kita inspirasi untuk mengamalkan diet dan pemakanan yang lebih sihat dan penuh berkat.
Judul : SIHAT DENGAN MINYAK ZAITUN
Pengarang: PROF.DR.SA’ID HAMMAD
Penerbit: AR-RISALAH PRODUCT SDN. BHD.
Tahun terbitan: 2014
Harga: RM 12.00
Mukasurat: 130 ms
Rating:
Disediakan Oleh :
MOHAMAD RIDUAN BIN HARUN
(PEMANDU H11)
No comments:
Post a Comment