15.8.2018
Perpustakaan Awam Pahang Jalan Kemunting ada menyediakan kantin yang dinamakan Bookcafe. Kini Bookcafe ini telah beroperasi dengan menjual minuman panas dan sejuk serta berberapa jenis makanan dan kueh. Beroperasi dari hari Selasa hingga Sabtu. Ditutup pada hari Ahad, Isnin dan Cuti Umum. Sama seperti warku perkhidmatan perpustakaan.
01. Bookcafe ini adalah usaha pihak Perpustakaan Awam Pahang untuk mempelbagaikan kemudahan di perpustakaan termasuk menyediakan kemudahan untuk makan dan minum.
02. Bagi mereka yang mempunyai banyak masa lapang seperti pesara atau pelajar, mereka boleh datang diawal pagi hingga petang. Kalau lapar, ada Bookcafe.
03. Bookcafe boleh juga dijadikan tempat pertemuan pencinta buku dan pencari maklumat. Boleh makan, minum dan bincang.
04. Jika merancang untuk membuat rombongan ke perpustakaan, boleh juga membuat tempahan makanan dengan Bookcafe ini.
sumber gambar:
FB PPAP
No comments:
Post a Comment