Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Monday, August 27, 2018

IFLA WLIC 2018 - Objektif

OBJEKTIF IFLA

Memperkukuhkan kepimpinan profesional di Malaysia dalam mempromosikan perpustakaan dan pustakawan di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa;

Memberi peluang kepada pustakawan Malaysia untuk mempamerkan dan berkongsi amalan terbaik dalam bidang pengurusan pustakawan dan maklumat serta teknologi komunikasi (ICT);
Menyokong aspirasi kerajaan Malaysia dalam memenuhi cabaran berkembang melalui inovasi, meningkatkan produktiviti, penggunaan pengetahuan yang lebih berkesan untuk pembangunan ekonomi dan sosial yang lebih tinggi;

Memberi peluang kepada pustakawan muda Malaysia untuk mengambil bahagian dalam persidangan antarabangsa sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran mereka ke arah profesionalisme yang lebih besar; dan

Mengadakan persidangan itu juga menyokong salah satu objektif utama Persatuan Pustakawan Malaysia iaitu untuk memeterai pakatan strategik dengan organisasi nasional, serantau dan antarabangsa yang membawa kepada globalisasi perpustakaan dan profesion dan perkhidmatan maklumat.

Penganjuran melibatkan perbelanjan yang besar kerana melibatkan penyertaan dan jentera kerja yang ramai. Dana diperolehi daripada Persatuan Pustakawan Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia, MyCEB, SKMM, DBKL dan pihak penaja yang lain dari pelbagai syarikat dan organisasi dan juga pihak IFLA juga.

Pihak IFLA dan K.I.T. Core Professional Congress Organizer (PCO) akan mengendalikan lokasi/kemudahan di KLCC, pendaftaran, kertas persidangan, penajaan antarabangsa, pameran, protokol dan kawalan kualiti.

Sumber Rujukan:
beritappm

No comments: