Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Monday, August 27, 2018

IFLA WLIC 2018 - Jawatankuasa Kebangsaan

JAWATANKUASA KEBANGASAAN IFLA 2018

Jawatankuasa Kebangsaan (NC) yang dipengerusi bersama oleh YBhg. Dato’ Nafisah Ahmad sebagai Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia dan Presiden Persatuan Pustakawan Malaysia dan YBhg. Dato’ Dr. Zaiton Osman yang merupakan penasihat Persatuan Pustakawan Malaysia dan juga merupakan mantan Ketua Pustakawan Universiti Malaya. NC mengendalikan majlis sosial; upacara pembukaan/penutup dan malam kebudayaan; host kepada resepsi Lembaga Pengurusan (GB) IFLA, sukarelawan, lawatan ke perpustakaan, penajaan serta promosi dalam negara.

NC yang bermesyuarat setiap bulan terdiri dari 25 orang ahli yang mewakili Persatuan Pustakawan Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia, Fakulti Sains Perpustakaan, Perpustakaan Akademik, Perpustakaan Awam, Pusat Sumber Sekolah dan meliputi jawatankuasa kecil pemasaran, promosi, teknologi maklumat, sekarelawan, lawatan,  Library Boulevard, Mesyuarat Satelit, Logistik, penerbitan, sosial/malam kebudayaan.

Sumber Rujukan:
beritappm

No comments: