7 Ogos 2018 Selasa
Pada jam 7.14 pagi warga Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah dikejut oleh whatapps dari Encik Tuan Khairul bahawa Puan Natipah bt Bakar yang lebih mesra dengan panggilan Kak Tie telah tidak sedarkan diri dirumahnya di Tanjung Lumpur. Whatapps seterusnya pada jam 7.49 pagi telah mengesahkan Puan Natipah bt Bakar telah meninggal dunia.
Arwah dijangkakan akan tandatangan surat permohonan untuk bersara awal pagi itu. Seterusnya menamatkan tugasnya di Unit Perolehan PPAP. Sepatutnya arwah ada tempoh tiga tahun lagi untuk berkhidmat tetapi Allah menentukan usianya sampai 57 tahun sahaja.
01
02
03
04
05
06
No comments:
Post a Comment