Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, August 7, 2018

Arwah Natipah Binti Bakar (Tahlil Arwah)

7 Ogos 2018 Selasa
Pada jam 7.14 pagi warga Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah dikejut oleh whatapps dari Encik Tuan Khairul bahawa Puan Natipah bt Bakar yang lebih mesra dengan panggilan Kak Tie telah tidak sedarkan diri dirumahnya di Tanjung Lumpur. Whatapps seterusnya pada jam 7.49 pagi telah mengesahkan Puan Natipah bt Bakar telah meninggal dunia.

Arwah dijangkakan akan tandatangan surat permohonan untuk bersara awal pagi itu. Seterusnya menamatkan tugasnya di Unit Perolehan PPAP. Sepatutnya arwah ada tempoh tiga tahun lagi untuk berkhidmat tetapi Allah menentukan usianya sampai 57 tahun sahaja.

Jenazah telah dibawa ke rumah pusaka keluarga di Kampung Ubai. Urusan pengkebumian telah selamat dijalankan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ubai.

Pada 10 Ogos 2018 warga Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah mengadakan tahlil arwah.

 01
 02
 03
04

No comments: