Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Monday, August 27, 2018

IFLA WLIC 2018 - Berkongsi Pengalaman Bersama Pustakawan Antarabangsa

RUMUSAN

Kejayaan  ini harus dibanggakan dan dikongsi bersama. PPM dan PNM sebagai peneraju utama dan akan dibantu oleh pelbagai pihak serta perpustakaan di Malaysia. Ini merupakan satu pencapaian yang amat  tinggi dalam bidang kepustakawan di negara kita. Ini dapat meningkatkan visibiliti dan peranan perpustakaan dan pusat maklumat di Malaysia.

Ini adalah peluang bagi negara tuan rumah untuk mempamerkan status perpustakaan dan perkhidmatan maklumat di negara dan rantau ini  selain berkongsi pengalaman profesional mereka bersama pustakawan antarabangsa dan menjalin hubungan antarabangsa dengan cara yang unik.

Semoga semua yang terlibat dalam dunia kepustakawanan samada organisasi kerajaan mahupun swasta dapat mengembeling tenaga untuk menjayakan persidangan yang berprestij ini dan semoga penganjuran ini dapat menaiktaraf lagi bidang kepustakawanan.

Peserta akan memperolehi ilmu yang tidak ternilai dan akan didedahkan kepada trend terkini, inisiatif utama dan juga mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan pemimpin pemikir dalam profesion kita.

Persidangan yang diharap menjana pendapatan sebanyak RM44.4 juta kepada negara Malaysia dengan kemasukan peserta dari seluruh dunia kerana ini merupakan acara professional dan perdagangan antarabangsa yang berprestij  bagi  sektor perpustakaan dan perkhidmatan  maklumat.

Syarikat dan organisasi dalam bidang kepustakawanan dan maklumat juga dialu-alukan untuk terlibat.

Semoga semua warga perpustakaan tidak melepaskan menyertai dan turut terlibat dengan persidangan yang julung kali di adakan di Malaysia. Persidangan selama 6 (enam) hari dengan yuran hanya EUR 595 (ahli IFLA), terdapat yuran pelajar dan tiket harian juga.

Sebarang maklumat dan pelbagai artikel mengenai IFLA WLIC 2018: https://2018.ifla.org/

Tarikh kemaskini: 20 Ogos 2018

Sumber Rujukan:
beritappm

No comments: