Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Friday, August 17, 2018

BUKU Cerita Bangsa Gemok PENULIS Rafiuddin Rabu PENERBIT Komrad Buku

BUKU Cerita Bangsa Gemok PENULIS Rafiuddin Rabu PENERBIT Komrad Buku

Ulasan Buku:

Buku ‘Cerita Bangsa Gemok’ ini disampaikan secara ringkas dan mudah difahami. Penulisnya saudara Rafiuddin Rabu menjadikan pengalaman seorang yang dikategorikan sebagai gemok untuk dituliskan di dalam buku ini.

Menariknya buku ini, pembaca didedahkan dengan pelbagai aspek kehidupan insan-insan gemok seperti yang dilalui sendiri oleh penulis. Ini termasuklah corak kehidupan dan permasalahan yang timbul. Cara kupasan yang bersahaja tetapi masih boleh bermain dengan emosi pembacanya. Adakalanya terasa bermakna bagi insan normal untuk memahami pelbagai situasi dalam kehidupan harian mereka yang berbadan besar atau gemok.

Pendedahan penulis membawa pembaca bermain dengan emosi seperti terharu, sedih,  dan adakalanya semangat yang terdapat pada insan – insan gemok ini. Buku ini boleh dijadikan salah satu bahan bacaan yang menarik.  Melalui buku ini, kita akan lebih memahami perasaan, pemasalahan dan liku-liku kehidupan yang dilalui oleh mereka.

Penulis:  Rafiuddin Rabu
Penerbit:  Komrad Buku
No Panggilan:  808.882
Harga:  RM20.00 / RM23.00

Pengulas: 
Nur Diana binti Abdullah,
PD Bukit Ibam

Disemak:
Norhidayah Binti salleh
Ketua Perpustakaan Awam Daerah Rompin

No comments: