Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Monday, August 27, 2018

IFLA WLIC 2018 - Program Kesedaran

PROGRAM KESEDARAN IFLA 2018

Program kesedaran IFLA WLIC 2018 telah bermula seawal Disember 2016 yang dengan lebih dari 20 aktiviti kesedaran dan Roadshow yang melibatkan lebih 1000 penyertaan. Ahli Majlis PPM, Jawatankuasa Tetap dan Kumpulan Persatuan Pustakawan Malaysia juga digerakkan untuk membantu memberi kesedaran dan mempromosi penganjuran. Warga perpustakaan perlu tahu  aktiviti yang melibatkan WLIC yang mana bukan hanya sebagai peserta sahaja malah sebagai pembentang kertas kerja, boulevard perpustakaan, pertandingan poster, lawatan ke perpustakaan, sukarelawan, mesyuarat satelit, mesyuarat profesional IFLA dan lain-lain yang berkaitan dengan WLIC. Kesedaran ini dapat memberi pemahaman tentang IFLA dan WLIC serta meningkatkan penglibatan dan penyertan warga perpustakaan. Pihak perpustakaan juga boleh membuat perancangan teliti dalam setiap penglibatan ini.

Perjumpaan dengan ketua perpustakaan dan syarikat serta organisasi yang berkaitan dalam bidang diadakan dari masa ke semasa. Surat dihantar kepada ketua pentadbiran yang boleh memberi kelulusan untuk mempelawa penyertaan.

Aktiviti promosi dan pameran di lebih 33  lokasi di dalam dan luar negara semasa di persidangan/seminar/mesyuarat anjuran pelbagai pihak seperti di Amerika Syarikat, China, Hong Kong, India, Myanmar,  Filipina, Poland, Thailand, Japan, Azerbaijan, Indonesia, Korea dan juga di Malaysia. Promosi melalui media sosial, penerbitan buku berjudul Libraries in Malaysia: TowardsTransformation and Community Outreach, pelbagai penulisan untuk mempromosi IFLA WLIC 2018 dan juga mengenai perpustakaan di Malaysia. Sidang media telah diadakan dan promosi juga diadakan dalam media elektronik dan cetak  dari masa ke semasa.

Penawaran geran lebih 200 kepada warga perpustakaan dalam negara dan negara Asean samada dengan pembiayaan penuh atau sebahagiaan telah memberi peluang kepada peserta untuk menyertai persidangan. Ini juga merupakan ganjaran kepada ahli Persatuan Pustakawan Malaysia dan mereka yang telah menabur bakti kepada persatuan yang telah berusia lebih dari 60 tahun.

Baca:
2018/02/28/iflawlic2018-khusus

Sumber Rujukan:
beritappm

No comments: