Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, August 23, 2018

BUKU Berdua Lebih Baik PENULIS Rohani Abdul Rahman PENERBIT Galeri Ilmu 2012 RM17

BUKU Berdua Lebih Baik PENULIS Rohani Abdul Rahman PENERBIT Galeri Ilmu 2012 RM17

Pengarang: Rohani Abdul Rahman
No. perolehan: 0601001014409
No. panggilan: D 306.8 ROH
ISBN: 978-983-097-359-3
Bahasa: Melayu
Kategori: Sains Masyarakat( Psikologi)
Penerbit: Galeri Ilmu
Tahun terbit: 2012
Harga: RM 17.00
Mukasurat : 180 Helaian

ULASAN

Buku ini menerangkan tentang motivasi kepada para pencari jodoh untuk terus berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana dalam islam tiada istilah ‘putus asa’.Ada beberape kereteria dan panduan untuk memikat pasangan sehinggalah melangkah menjadi suami isteri,antaranya ialah penampilan,sikap amanah,rahsia solat dan pikat ibubapa calon.

Penulis percaya masih ramai para pencari jodoh masih buntu untuk memilih pasangan tambahan pula keinginan berkahwin sudah ada,namun masih kabur bagaimana harus berusaha.
Di samping itu penulis mencadangkan agar perbanyakkan solat hajat mohon diperudahkan segala urusan. Perlu diutamakan memohon maaf dari Ibubapa agar segala kesulitan dapat diatasi.

Buku ini memberitahu bahawa akhlak yang rendah petanda iman yang lemah , iman yang kuat akan menghasilkan akhlak yang tinggi. Seharusnya kita mempunyai sifat malu yang tinggi untuk melakukan perkara yang tidak bermoral dan tidak berakhlak.

Beberapa tips untuk menampakkan sifat seseorang muslim yang baik antaranya pakaian,bau badan,tingkah laku,tutur kata,tempat tinggal dan termasuk juga hati. Yakinlah Allah akan menolong kita selagi kita berada dijalan yang lurus.

Ulasan Oleh :
SAUDIN BIN KASSIM @ ABDUL RAHMAN Perpustakaan Komuniti UTC Pahang

Disemak Oleh :
AHMAD AZIDDIN BIN AHMAD
Ketua Unit Rangkaian Perpustakaan

No comments: