Warga perpustakaan mengambil peluang untuk membentangkan kertas kerja sebagai perkongsian dengan peserta persidangan. Peserta boleh menghadiri sebanyak 260 sesi profesional yang dijalankan secara serentak dimana pembentangan kertas kerja mempunyai 46 sub-tema yang meliputi semua jenis perpustakaan dan hal berkaitan bidang kepustakawanan dan maklumat. Seramai 665 orang pembentang yang akan terlibat.
TEMA PERSIDANGAN ADALAH TRANSFORMASI PERPUSTAKAAN, TRANFORMASI MASYARAKAT (TRANSFORM LIBRARIES, TRANSFORM SOCIETIES)
dengan tagline
MENCAPAI YANG SUKAR DICAPAI (REACHING OUT TO THE HARD TO REACH)
Antara tajuk perbincangan dalam persidangan ini adalah berkaitan penyelidikan; literasi media dan maklumat; pengurusan pengetahuan; teknologi maklumat; analisis subjek dan akses; media baru dalam pengetahuan; teknologi maklumat; kepimpinan; pengurusan dan pemasaran; perpustakaan digital; pemeliharaan dan pemuliharaan bahan; manuskrip; serta pembangunan dan perkhidmatan perpustakaan khusus dalam pebagai bidang termasuk undang-undang, parlimen, pendidikan, kesihatan dan perubatan, agama, pertanian, sains dan teknologi, sejarah dan sebagainya.
Sumber Rujukan:
beritappm
No comments:
Post a Comment