Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Monday, August 27, 2018

IFLA WLIC 2018 - Pengisian

PENGISIAN IFLA 2018

Ucaptama oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara. Pembentang planeri ialah YBhg. Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri dan YBhg. Dato’ Ali Hanafiah Mohd Yunus.

Diadakan juga MESYUARAT PROFESIONAL IFLA 2018 yang melibatkan Jawatankuasa Profesional (PC); Lembaga Pengarah (GB) dan Jawatankuasa Tetap (SC) yang ada terbuka dan tertutup kepada peserta WLIC yang berminat. Mesyuarat ini memberi peluang ahli untuk melaporkan aktiviti dan peristiwa; membincangkan isu semasa yang penting; meninjau anugerah dan penerbitan; dan merancang tindakan untuk tahun yang akan datang. Peserta dapat memerhatikan pakar-pakar antarabangsa IFLA dalam tindakan mereka mengikut tajuk yang diminati.

CAUCUS  IFLA 2018 pula adalah perbincangan kumpulan berdasarkan lokasi geografi atau bahasa untuk membincangkan perkara yang berkaitan dengan kawasan mereka.

FIVE MINUTES LIGHTNING TALK  IFLA 2018 adalah  adalah format terbaharu  yang mana merupakan sesi perkongsian pengetahuan dan berkongsi projek inovatif masing-masing  sama ada projek kumpulan terpinggir, usaha menambah keahlian persatuan, idea untuk menyelesaikan masalah di perpustakaan tertentu dan semangat untuk berkongsi,  selepas 5 minit, mereka perlu menyerahkan mikrofon.

Terdapat juga EXPO PAVILION  IFLA 2018 yang mempamerkan produk serta perkhidmatan perpustakaan dan maklumat tempatan dan antarabangsa terkini dan yang terdapat dalam bidang ini yang melibatkan 70 pempamer. Persatuan Pustakawan Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia, Sarawak, Selangor & Johor juga menyertai reruai pameran. Terdapat juga sesi perkongsian produk dan perkhidmatan semasa Expo tersebut.  Peserta juga boleh mendapatkan t-shirt IFLA WLIC 2018, barangan cenderahati PPM, setem/sampul hari pertama IFLA WLIC 2018, jualan buku terbitan PPM dan Book Drop (sumbangan buku kepada sekolah dan perpustakaan awam) di reruai pameran Persatuan Pustakawan Malaysia.

MALAM KEBUDAYAAN  IFLA 2018 diadakan pada 27 Ogos di MaTIC dan WOWKL merupakan satu majlis untuk rangkaian dengan rakan perpustakaan di seluruh dunia.

PERTANDINGAN POSTER  IFLA 2018 disertai lebih 120 peserta dari seluruh dunia yang dikendalikan oleh pihak IFLA. Boulevard perpustakaan tempatan juga disertai oleh 116 pameran poster tentang produk serta perkhidmatan perpustakaan di Malaysia sahaja. Perkongsian poster ini adalah bagi meningkatkan kesedaran dan  mempamerkan aplikasi dengan idea-idea inovatif bagi sektor perkhidmatan perpustakaan dan maklumat tempatan dan antarabangsa; pengiktirafan oleh komuniti perpustakaan antarabangsa mengenai pembangunan perpustakaan; meningkatkan kesedaran dan pengiktirafan mengenai kepentingan dan perkaitan perpustakaan kepada pihak berkepentingan; dan pembangunan diri dan organisasi.

Turut diadakan sebanyak 17 MESYUARAT SATELITE IFLA 2018 termasuk 13 di Lembah Kelang,  satu (1) Pulau Pinang, satu (1) di Sarawak, satu (1) di Singapura dan (1) di Kolkata, India sebelum dan sesudah persidangan. Anjuran Seksyen IFLA (terdapat 44 seksyen) dan Special Interest Groups (SIGs) (terdapat 17 SIGs) dan organisasi host tempatan yang fokus kepada perbincangan tajuk yang lebih spesifik.  Ini juga merupakan peluang bagi peserta untuk menyertai jika tiada dapat  menyertai IFLA WLIC.

LAWATANPESERTA   IFLA 2018 KE PERPUSTAKAAN TERPILIH. Peserta boleh mengikuti lawatan ke 44 buah perpustakaan terpilih di Lembah Kelang, Kuantan, Melaka dan Pulau Pinang pada hari akhir persidangan. Kita juga boleh mempromosi perpustakaan dan bidang kepustakawanan di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa serta berkongsi amalan terbaik perpustakaan di Malaysia.

SUKARELEWAN IFLA 2018. Seramai 305 sukarelawan telah dilantik untuk membantu melancarkan penganjuran yang melibatkan  tugasan seperti sambutan di lapangan terbang; pengedaran kertas persidangan; majlis pembukaan/penutup/ malam kebudayaan; sesi pameran, poster; sokongan IFLA dan pembentang; meja maklumat/pengendalian VIP; lawatan ke perpustakaan; tunjuk arah; pendaftaran/ dan Zone Internet; pembantu bilik/kawalan badge; sokongan terjemahan  dan pembantu media sosial.

Kriteria pemilihan sukarelawan adalah komited, yakin, bermotivasi, empati, kemahiran komunikasi, kesihatan fizikal  kerana mereka akan mewujudkan suasana yang positif dan mesra kepada peserta dalam membantu tuan rumah menganjurkanya secara professional.Ini adalah peluang kepada warga perpustakaan dan pelajar dalam bidang sains perpustakaan dan maklumat untuk menyertai persidangan kerana mereka hanya perlu bertugas selama 3 hari sahaja. Mereka juga dapat membuat rangkaian dengan warga perpustakaan dan pusat maklumat di seluruh dunia dan pengiktifaran bertugas di peringkat antarabangsa.

WELLNESS PROGRAMME IFLA 2018 iaitu senaman pagi diadakan pada pada  25 hingga 28 Ogos 2018. Ianya adalah simbol kepada kepentingan kesihatan kepada warga di perpustakaan.

Sumber Rujukan:
beritappm

No comments: