ULASAN BUKU BULAN JULAI 2019 PD KEMASUL
BUKU: RAHSIA HERBA
Penulis :Theressa Ong
Kategori : 615.32109595
ISBN : 983-124-259-9
Halaman : 196
Harga : RM14.40
Buku ini memaparkan pelbagai jenis herba seperti aprikot, asparagus, biji sawi, cekur, dukung anak dan banyak lagi dengan nama saintifik masing-masing, sifat-sifat dan nilai zat makanan yang terkandung di dalamnya. Di samping itu, didedahkan juga cara penyediaan setiap herba ini dan menitikberatkan nilai-nilai zat makanan dan kandungan fitokimia dalam herba untuk tujuan perubatan.
Kaedah penyediaan dan pengambilannya juga dinyatakan secara terperinci agar dapat digunakan dengan cara yang betul. Ada juga dinyatakan herba ini beracun atau tidak dan adakah sukar atau mudah didapati di sekitar kampung.
Sebagai contoh, buah pala dengan nama saintifiknya Myristica fragrans sangat berguna untuk dijadikan minyak bagi merawat kegatalan, jeragat dan bau mulut. Selain itu, buah pala juga merawat masalah gastrik dan membantu meredakan masalah penghadaman.
Berbagai-bagai herba terdiri daripada buah-buahan boleh dimanafaatkan menjadi ubatan harian jika diamalkan dengan cara yang betul. Banyak ilmu yang terdapat dalam buku rahsia herba ini.
Disediakan oleh,
(ARMAH BINTI ABAS)
PERPUSTAKAAN DESA F.KEMASUL.
No comments:
Post a Comment