Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, August 15, 2019

BUKU Misteri Pembunuhan Sawako

ULASAN BUKU PD JAMBU RIAS BENTONG – BIL 7/2019

TAJUK BUKU: Misteri Pembunuhan Sawako
PENGARANG:  Jiro Akagawa
NOMBOR PEROLEHAN :  EJAM000929
NOMBOR PANGGILAN :  895.63
ISBN :  9789675270796
BAHASA :  MELAYU TERJEMAHAN DARI BAHASA JEPUN
KATEGORI :  Fiksyen
ULASAN :

Kronologi cerita Misteri Pembunuhan Sawako lebih mirip kepada cerita-cerita penyiasatan seperti siri TV Detektif Conan.  Sawako Kanegasaki seorang gadis cantik yang tinggal bersendirian di sebuah kondominium mewah, Daerah Meguro.  Pembunuhan Sawako diikuti dengan beberapa kejadian bunuh yang lain melibatkan orang-orang yang ada perkaitan dengan Sawako.

Yoshitaro Katayama, abang Harumi bertugas sebagai detektif dan beliaulah yang merungkai misteri pembunuhan Sawako.  Cerita ini berkisar di kalangan petugas-petugas kolej tempat Harumi bekerja.   Ini kerana Kolej Pusat Akademi Bandar Baru menyediakan pendidikan kelas menengah untuk golongan elit.  Diantara kelas yang diadakan ialah gubahan bunga atau ikebana, bahasa, tarian dan drama.

Pengarang sebenarnya mengajak pembaca membaca secara teliti buku-buku tulisan beliau.  Semua jawaban ada dalam buku ini jika kita membaca secara waspada dan cepat menangkap apa yang tersirat di sebalik apa yang tersurat.  Pembaca perlu peka dan cepat merungkai jalinan cerita.

Bagaikan tepat dan kena dengan waktunya ketika isu-isu panas LGBT yang hangat diperkatakan, buku ini sedikit sebanyak menggariskan natijah dari perlakuan songsang tersebut.  Sawako menjalin hubungan cinta dan beliau kehidupan mewahnya di biaya oleh beberapa orang lelaki.  Pun begitu Sawako tidak dibunuh oleh lelaki-lelaki tersebut.  Beliau dibunuh oleh seorang wanita yang menyintainya.  Siapakah wanita tersebut.  Untuk mengetahui jawabannya wajarlah membaca buku ini.

Pengarang :  Jiro Akagawa
Penerbit                 :  Mustread
Tahun Terbit :  2017
Mukasurat :  280
Rating :  7/10
Disediakan oleh                 :  Juriah bt Mohamed
                                   Pembantu Pustakawan
                                                   Desa Jambu

No comments: