ULASAN BUKU BULAN JUN 2019 PD KEMASUL
Judul : R & R Di Lebuh Raya Kehidupan
Kategori : Motivasi
Penulis : Zul Ramli Ahmad Razali
ISBN : 978-983-097-288-6
Harga : RM25.00
Mukasurat : 360
Kealpaan membilang hari membuatkan manusia lupa kepada perhentian...
Penulis membantu kita berhenti sejenak dan memerhati adakah laluan kita ke destinasi yang betul atau sebalik. Kita juga dipandu agar sentiasa menyeimbangkan kehidupan terhadap diri sendiri,Allah swt, Rasulullah saw, ibu dan ayah, pasangan, anak-anak, kerjaya, rakan dan seterusnya masyarakat.
Kehidupan ini indah sekiranya kita tahu menghargainya. Orang yang tenang hatinya, sentiasa ingat bahawa setiap yang berlaku atas ketentuan Allah. Jangan terlalu menyalahkan orang lain apabila perkara yang diingini bertentangan dengan kemahuan. Dan ketika itu, ambil masa untuk diam dan renung di mana kesilapan selama ini menyebabkan keresahan yang memuncak dalam hati. Buku yang mampu mengajak manusia berfikir kedalam kehidupan dengan cerita menghidupkan pengajaran yang berkesan. Banyak menggunakan firman dalam Al-Quran dalam bukunya.
Realitinya begitu banyak tarikan dan tolakan yang memesongkan cabaran sebenar dalam membina keseimbangan hidup ini. Akibatnya banyak tenaga dihabiskan dan komitmen dikerah untuk sesuatu yang tidak berbaloi sama sekali.
Buku ini juga mengajak kita memecut kehadapan dengan langkah positif dalam menuju keseimbangan secara proaktif dan tanpa bertangguh dalam hidup. Di setiap R&R kita berhenti.... bermuhasabah diri buat mendapat kelegaan untuk terus memecut kehadapan....ke lebuh raya kehidupan hingga ke akhir hayat ..
Disediakan oleh;
Armah binti Abas,
Pembantu Pustakawan Desa Kemasul
No comments:
Post a Comment