Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Saturday, August 17, 2019

Buku 25 CENDEKIAWAN ISLAM

JUDUL BUKU : 25 Cendekiawan  Islam
N0.PENGKELASAN : 150.194  AZI
ISBN : 978-967-5426-79-7
PENGARANG : SHAFIQ ABDUL RAHMAN
TARIKH / TAHUN : -
EDISI BAHASA : Bahasa Malaysia
HARGA : RM 20.00

ULASAN :
Kelahiran cendekiawan-cendekiawan Islam ini adalah hasil daripada ‘generasi al-Quran’ yang bukan setakat menhafal ayat-ayat al-Quran sehingga khatam tetapi juga mengkaji tentang kandungan kitab tersebut, lalu berusaha menjelmakan ‘mukjizatnya’ dalam kehidupan harian.

Antara tokoh cendekiawan yang diceritakan dalam buku ini ialah, Al-Jazari atau nama sebenarnya Badi Al-Zaman Abulezz bin Ismail bin Al-Razzaz Al-Jazari. Beliau merupakan perintis kejuruteraan mekanikal dan ilmu robotik. Al-Jazari dilahirkan pada tahun 1136 di Iraq. Ketika Al-Jazari berkhidmat dengan kerajaan Turki, beliau menghasilkan banyak ciptaan hingga menyebabkan beliau dikagumi dan diiktiraf sebagai perintis kepada kejuruteraan mekanikal moden oleh cendekiawan barat. Al-Jazari meninggal dunia pada tahun 1206 ketika berusia 70 tahun. Beliau telah banyak meninggalkan jasa pada umat Islam terutamanya dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan sistem robotik. Maka tidak hairanlah jika beliau dianggap sebagai pelopor kejuruteraan mekanikal moden.

    Seterusnya, antara tokoh lain yang disebutkan dalam buku ini ialah, Ibnu Bajjah atau nama sebenarnya ialah Abu Bakar Muhammad bin Yahya bin Al-Sayigh. Beliau dilahirkan pada tahun 1095 di Saragossa, Sepanyol. Ibnu Bajjah merupakan ahli falsafah terkenal dari bumi Sepanyol. Beliau pandai berpuisi dan turut meminati bidang muzik. Ibnu Bajjah juga mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang astronomi, perubatan, fizik dan lain-lain. Kerana pengetahun beliau yang luas dalam pelbagai bidang, beliau telah dilantik menjadi seorang menteri kepada Amir Abu Bakar bin Ibrahim. Akhir sekali, Ibnu Bajjah juga turut menyumbang dalam bidang psikologi Islam. Beliau membuat kajian terhadap ilmu psikologi berdasarkan kepada pengetahuannya dalam ilmu fizik. Ibnu Bajjah meninggal dunia pada tahun 1138 di usia yang muda iaitu ketika berusia 43 tahun. Menurut sesetengah ahli sejarah, Ibnu Bajjah mati akibat diracun oleh musuh-musuhya.

Banyak lagi kisah-kisah cendekiawan, namun pengulas hanya senaraikan 2 sahaja. Semoga kisah-kisah insan yang istimewa ini dapat menyedarkan kita semua umat Islam khususnya generasi muda, tentang perlunya bagi umat Islam menguasai pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan sepatutnya mendahului dalam semua usaha bagi menjana kecemerlangan minda dan penguasaan terhadap pelbagai jenis kemahiran.

DISEDIAKAN OLEH : PN. SAHIDAH BINTI ABDUL GANI
DISAHKAN OLEH :

No comments: