Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Monday, August 19, 2019

BUKU: Bila Allah Menduga Kita

ULASAN BUKU PAD Bentong – BIL. 7/ 2019
BUKU: Bila Allah Menduga Kita

No. Perolehan : DBEN 004454
Call No : 297.57 (ALW)
ISBN : 9789675426063
Bahasa : Melayu
Kategori : Keagamaan

Ulasan :
Buku Bila Allah Menduga Kita mengisahkan Kehidupan kita sebagai seorang hamba Allah di mukabumi ini tidak lari dari ujian dan dugaan untuk menilai setakat mana keimanan dan keupayaan kita menghadapinya.

Ujian yang diberikan oleh Allah kepada setiap hambanya adalah bersesuaian dengan kemampuan masing-masing mengharunginya. Dari sejak kita wujud, dilahirkan ke dunia sehinggalah kita kembali kepadaNya tidak akan terlepas dari ujian yang bersesuaian dengan keadaan usia kita.

Allah ingin melihat sikap dan tindakbalas dan bagaimana cara kita berikhtiar dalam menghadapi setiap ujian yang diberikan. Adakah kita redha atau merungut dengan setiap ujian yang menimpa kerana setiap ujian yang dating adalah berbeza dan kadang-kadang ianya tanpa diduga oleh fikiran kita.

Persoalannya adalah kenapa kita diberikan ujian dan diduga dengan berbagai perkara tersebut. Sebenarnya Allah ingin setiap hambanya sentiasa mengingati setiap nikmat yang dianugerahkan dan sentiasa mengingatiNya dan Dia Maha Mengetahui kenapa kita diberi dugaan sedemikian rupa.

Adakah kita sentiasa berwaspada dan mempersiapkan diri menghadapi segala kemungkinan yang bakal tiba.
Tujuan segala dugaan diberikan adalah untuk memberikan kita pengertian tentang erti kehidupan kita di bumi Allah ini. Allah menjadikan kita bukanlah sia-sia. Allah ingin melihat tindakan kita yang seringkali lalai, bagaimana kita mengisi masa kita, menguatkan diri dan dalaman kita dan mengambil iktibar dan mensyukuri setiap dugaan yang dihadapi samada kita suka ataupun tidak.

Kita juga hendaklah berprasangka baik kepada Allah dengan setiap dugaan yang datang kerana kita adalah manusia yang suka mengeluh dan sering meyalahkan takdir. Kita juga disarankan mengambil pelajaran berpandukan Al-Quran dan Hadis agar kita menghindari sikap suka berandaian dan tidak bersyukur.
Setiap dugaan dan ujian yang diturunkan Allah ingin menjadikan kita kuat, sabar, berprasangka baik dan sentiasa bersiap sedia agar menjadi hamba Allah yang diredhai dan disayangiNya.

Judul : Bila Allah Menduga Kita
Pengarang : Syed Alwi Alatas
Penerbit : Mustread Sdn. Bhd.
Tahun Terbit : 2010
Harga : RM 15.92
Muka Surat : 189 ms
Rating : 8/10

Disediakan Oleh :
Halid bin Zainal
Perpustakaan Awan
Daerah Bentong

No comments: