Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, August 7, 2019

Buku PUNCA DAN RAWATAN KECELARUAN TINGKAH LAKU

PUNCA DAN RAWATAN KECELARUAN TINGKAH LAKU
JUDUL BUKU : Punca Dan Rawatan Kecelaruan Tingkah Laku
N0.PENGKELASAN :150.194  AZI
ISBN :978-983-3376-81-0
PENGARANG :AZIZI YAHAYA
TARIKH / TAHUN :2005
EDISI BAHASA :Bahasa Malaysia
HARGA :RM 30.00

ULASAN :
Kecelaruan tingkah Laku sudah lama wujud, cuma ia lebih dikenali sebagai masalah jiwa atau mental oleh masyarakat kita. Kecelaruan tingkah laku akan mengganggu perjalanan hidup individual yang mengalaminya dan juga mereka yang berada di sisinya.

Perlu diingatkan bahawa kecelaruan tingkah laku ini tidak ada kaitan dengan lemah Iman! Mereka mempunyai masalah jiwa tanpa mereka sendiri sedari. Jadi buku ini akan menjawab kemusykilan dalam memahami kecelaruan tingkah laku. Pembaca juga akan didedahkan dengan kaedah rawatan dan terapi bagi merawat kecelaruan tingkah laku.

Antara kecelaruan tingkah laku yang terdapat dalam buku ini adalah Disleksia. Definisi bagi sindrom disleksia adalah kecelaruan perkembangan membaca. Kecelaruan jenis ini berpunca daripada kerosakan bahagian korteks terpenting dalam memproses simbol-simbol pada bahagian otak manusia. Seseorang yang mengalami disleksia sukar mengenali rentak, bunyi, irama dan memisahkan suku kata dalam sebutan dan pembacaan.

Selain itu, kecelaruan mood dan bunuh diri. Secara amnya gangguan mood adalah kecelaruan afektif. Penghidap biasanya mengalami keadaan emosi yang tertekan dan keadaan mania. Antara faktor kecelaruan mood adalah disebabkan kekusutan dalam pemikiran yang tidak mampu diatasi. Individu yang mengalami kemurungan biasanya melihat diri, dunia dan masa depan mereka dalam perspektif negatif. Jika individu ini tidak dibantu, mereka cenderung untuk bunuh diri.

Kesimpulannya terapi biologi dan psikoterapi dijalankan secara meluas bagi mengembalikan kesihatan mental individu. Kajian-kajian rawatan untuk pesakit kecelaruan mental masih lagi hebat diusahakan. Namun, pada masa kini, jumlah penderita kecelaruan mental semakin bertambah. Justeru itu, jagalah kesihatan mental dan sentiasa peka dengan keadaan mental sendiri dan keadaan orang sekeliling.

DISEDIAKAN OLEH : PN. SAHIDAH BINTI ABDUL GANI
DISAHKAN OLEH :

No comments: