Buku Membaca dan Mata
No Perolehan: 2012-02613 ISBN 978-983-46-0250-5
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: Dewasa
Ringkasan/ Ulasan
Sesungguhnya membaca merupakan suatu aktiviti yang penting dalam hidup manusia. Namun, ramai orang tidak mengetahui bagaimana proses membaca terjadi dan hubung kaitnya dengan mata. Buku ini akan menjawab persoalan tersebut.
Istimewanya buku ini terletak kepada kepakaran penulis yang merupakan seorang ahli penjagaan penglihatan atau optometris yang berpengalaman lebih daripada 20 tahun dalam bidang optometri klinikal dan sains penglihatan. Sebelum ini, penulis juga pernah menulis buku yang berjudul Mata dan Penglihatan dan buku Deria Penglihatan. Menerusi Membaca dan Mata pembaca dapat mengetahui dengan jelas dan terperinci pelbagai aspek dan isu yang berkaitan dengan masalah membaca dan kaitannya dengan masalah penglihatan.
Maklumat ini perlu diketahui oleh sesiapa sahaja yang menjadikan membaca sebagai agenda penting dalam kehidupannya. Buku ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Ia berjaya dipersembahkan melalui kaedah penghujahan yang digarap mantap berdasarkan kajian saintifik dan sistematik.
Maklumat yang diberikan berdasarkan analisis yang dibuat dari sedut ilmiah dengan menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami agar mesej yang ingin disampaikan berjaya difahami oleh pembaca. Semoga kehadiran buku ini dipasaran mampu meningkatkan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan mata serta dapat menambahkan pengetahuan dalam menyelesaikan masalah penglihatan yang timbul daripada proses membaca.
Sesungguhnya, dengan membaca dapat menyingkap rahsia ayat Iqra' di dalam Surah al-'Alaq yang merupakan firman Allah yang pertama di dalam dalam al-Quran.
Buku Membaca dan mata
Pengarang: Shahrin Ismail
Penerbit: Dewan Bahasa & Pustaka
Tahun terbitan: 2009 Harga: RM 15.00
Mukasurat: 135ms Rating:
No comments:
Post a Comment