Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Saturday, August 10, 2019

Buku Bijak Parenting

ULASAN BUKU PD JAMBU RIAS BENTONG – BIL 6/2019)

TAJUK BUKU :  Bijak Parenting     
PENGARANG :  Ustazah Isfadiah Dasuki
NOMBOR PEROLEHAN :  EJAM001813
NOMBOR PANGGILAN :  297.577
ISBN :  9789672038139
BAHASA :  MELAYU
KATEGORI :  Agama
ULASAN :


Setiap ibubapa tentunya mahukan zuriat yang menjadi penyeri rumahtangga.  Penyejuk jika ketika lara dan berduka, pelindung dan pembela di hari tua.  Sekali imbas buku ini, saya menelah ianya ditulis mengikut acuan agama, penulisnya Ustazah!.

Sebelum memberikan tip-tip yang akan menjadi panduan kepada ibubapa pembaca diberi pengertian untuk memahami fitrah anak-anak.  Memahami sikap dan sifat anak-anak amat penting dalam mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan dan mencari keserasian untuk diterapkan dalam system pendidikan jasmani dan rohani mereka.  Tindakan ini umpama mengenali penyakit kemudian memberikan ubat serta rawatan yang sesuai.

Bab kedua buku ini mengenai rahsia menawan hati anak.  Untuk menawan hati seseorang perlu kita mengetahui rahsia yang memikat mereka.  Tak perlukan modal. Cuma melalui sentuhan, ciuman , usapan, pujian dan panggilan bermakna.  Dititipkan terjemahan surah al-Hujarat:11 iaitu  “Dan janganlah kalian panggil memanggil dengan gelaran buruk.” 

Tidak lengkap sekiranya buku ini tidak menyentuh mengenai aspek terpenting dalam pembentukan keperibadian anak-anak iaitu asuhan. Jika membuat kuih memerlukan teknik bancuhan dan sukatan maka asuhan adalah teknik dan sukatan dalam mendidik anak-anak.  Akidah adalah tunjang utama untuk diterapkan di awal usia agar ia subur dan mantap.  Membentuk jiwa yang sentiasa berharap dan berdoa kepada yang Esa, menyebut dan memujiNYA.  Mengenali dan mencintai ALLAH SWT.  Mendidik mereka dengan menceritakan kehebatan ALLAH dan bertapa kita sangat bergantung kepada ALLAH serta perlukanNYA. 

Ibubapa juga perlukan ilmu untuk itu buku ini menekankan ilmu mendidik anak.  Ibubapa perlu faham apa itu konsep keibubapaan Islam.  Peranan yang perlu dimainkan oleh ibubapa.  Buku ini juga menerangkan kesalahan ibubapa dalam mendidik anak.  Ini juga baik untuk memperbetulkan kesilapan dalam membentuk sahsiah anak-anak.  Cabaran-cabaran terkini selaras dengan perkembangan teknologi yang sepatutnya dikekang atau diberi galakan agar tidak tersalah pilih. 

Pengarang :  Ustazah Isfadiah Dasuki
Penerbit :  Karya Bestari
Tahun Terbit :  2018
Mukasurat :  151
Rating :  8/10
Disediakan oleh :  Juriah bt Mohamed
   Pembantu Pustakawan
   Desa Jambu Rias

No comments: