Buku: Menu Sihat Sesuai Kumpulan Darah AB
No Perolehan: ESAN 003582
ISBN: 978-967-371-910-5
Kategori: D 641.563
Ringkasan/ Ulasan
Rasa terpanggil untukmengulas buku ini disebabkan saya mempunyai kumpulan darah AB. Banyak manfaat yang saya perolehi setelah selesai saya membacanya. Lebih teruja lagi kumpulan darah AB ini adalah kumpulan darah paling akhir muncul dan bilangan pemilik darah ini paling sedikit.
Pelbagai manfaat kesihatan dapat diperolehi apabila menerapkan diet yang disarankan oleh penulis berdasarkan kumpulan darah.
Antara manfaatnya pemilik darah AB ini akan tampil awet muda dan terhindar dari pelbagai masalah kesihatan yang kronik serta dapat menstabilkan emosi supaya tidak mudah tertekan dan murung. Didalam buku ini disediakan resipi mudah menu sihat dan sesuai dalam 7 hari untuk diamalkan.
Saranan saya khas buat pemilik darah kumpulan AB buku ini amat sesuai untuk dibaca dan manfaatkanlah apa yang penulis sarankan.
Judul: Menu Sihat Sesuai Kumpulan Darah AB
Pengarang: Prof. Dr. Ir. Ali Khomsan, MS Bayu Indrakusuma
Penerbit: Synergy Media
Harga: RM 20.40
Mukasurat: 87
Rating: -
Ulasanoleh:
Puan Juwahi Md Amin,
PD Siber Sanggang
No comments:
Post a Comment