Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, August 6, 2019

Buku Jibam

PD JANDA BAIK SIRI 6/2019

NO. PEROLEHAN : KOLEKSI SENDIRI
CALL. NO :
ISBN : 978-983-893-748-1
BAHASA : MALAYSIA
KATEGORI : FIKSYEN

ULASAN :”Bila tamak menguasai diri, memusnahkan segalanya”. Anda semua mengenali Asraf bin Suman? Penduduk kampung Belulang pun tidak mengenali Asraf bin Suman.

Tetapi bila disebut nama Jibam,seluruh rakyat Malaysia mengenalinya.Novel ini mengisahkan tentang Jibam,seorang anak yang tidak tahu dimana bapanya  Suman berada,tinggal dia bersama ibunya Piah dan abang ngahnya Kadir.Fakir abang sulung bekerja di bandar sedang sibuk memikat hati Zamiah,anak dara Tuk Ngah Sudin.

Tuk Ngah Sudin ini pula memikirkan masa depan anak daranya sanggup menolak Suman jatuh ke dalam gaung dan menganiaya Piah anak beranak kerana sebidang tanah.Jibam selalu menjadi sasaran kaki dan tangannya.Jibam pula bagaikan tahu Tuk Ngah Sudin khianat terhadap ayahnya dan membalasnya dengan cara sendiri.

Walau seteruk manapun tumbuk terajang Tuk Ngah Sudin,Jibam tetap menghantuinya sehingga Tuk Ngah Sudin menjadi gila.Begitulah kiranya kita buat jahat,di dunia pun Allah bayar tunai. Terpaksalah Zamiah bercuti dari pengajiannya menjaga ayahnya disamping memujuk hati Fakir yang gundah gendala.

Kecoh kampung Belulang akibat Usop Kidung, jiran terdekat Piah terjumpa akan rangka manusia di dalam hutan bersama pisau lipat bertangkai merah serta kad pengenalan Tuk Ngah Sudin.Banyak persoalan yang terbit dari penduduk kampung…apa yang berlaku?.

Begitulah kisahnya bila tanah menjadi rebutan,bikin nafsu mengila.

JUDUL : JIBAM
PENGARANG : UJANG
PENERBIT : CREATIVE ENTERPRISE SDN BHD
TAHUN TERBIT : 2018
HARGA : RM 18.90
MUKA SURAT : 188 muka surat
RATING : 7/10

DI SEDIAKAN OLEH :
HARUL AZAM BIN MAT NOOR
PEMBANTU PUSTAKAWAN
PERPUSTAKAAN DESA JANDA BAIK

No comments: