Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, December 1, 2020

Buku Kelebihan Berselawat Terhadap Rasulullah SAW / Mohammad Aiman Az-Zuhairi / Pustaka Al-Ehsan / 2019

ULASAN BUKU PD JERUAS – JAMALIAH BINTI MOHAMED

Buku Kelebihan Berselawat Terhadap Rasulullah SAW / Mohammad Aiman Az-Zuhairi / Pustaka Al-Ehsan / 2019


Nombor Panggilan: 297.382 MOH

ISBN: 978-983-3204-0

Bahasa: Melayu

Kategori: Agama

Ulasan :

Buku ini mengandungi panduan dan amalan kepada setiap individu muslim untuk mendapatkan keberkatan hidup di dunia dan kemuliaan di sisi Allah SWT. Ia perlu dimiliki dan dibaca oleh semua kerana terdapat di dalamnya pelbagai kelebihan bila berselawat kepada Rasulullah SAW. 

Contoh kelebihan antaranya ialah sebagai penghapus dosa, tidak merasa kebingungan pada hari kiamat, dekat dengan Rasulullah pada hari kiamat, mendapat syafaat dari Rasulullah, berpeluang minum di telaga nabi dan lain-lain lagi. 

Semoga amalan berselawat kepada Rasulullah setiap hari dan masa menjadi hadiah yang khusus untuk Nabi Muhammad SAW. Salam dan selawat untuk junjungan besar Nabi Muhammad SAW.


Judul: Kelebihan Berselawat Terhadap Rasulullah SAW

Pengarang: Mohammad Aiman Az-Zuhairi

Penerbit: Pustaka Al-Ehsan

Tahun Terbit: 2019

Harga: RM 15.00

Muka Surat: 143

Buku Isteri Dominan / Bonda Nor / Galeri Ilmu / 2019

ULASAN BUKU PD JERUAS – JAMALIAH BINTI MOHAMED

Isteri Dominan / Bonda Nor / Galeri Ilmu / 2019


Nombor Panggilan: 306.8723 BON

ISBN: 978-983-097-808-6

Bahasa: Melayu

Kategori: Sains Kemasyarakatan

Ulasan  :

Buku ini merupakan buku yang paling menarik isi kandungan nya, ia memaparkan kisah-kisah menarik yang disampaikan secara santai. 

Untuk menjadi seorang isteri dan ibu itu tidak bermakna perlu mengorbankan segala kehendak dan menelan segala perasaan demi orang tersayang iaitu suami dan anak-anak yang akhirnya memakan diri sendiri. 

Selain daripada itu buku yang sederhana muka surat ini tidak membebankan pembaca kerana ia amat menarik untuk dibaca. Nashkah ini juga mengajar tentang cara untuk mendominasi pergurusan emosi dan rumahtangga agar tenang dan bahagia hingga ke syurga.

Judul: Isteri Dominan

Pengarang: Bonda Nor 

Penerbit:Galeri Ilmu Sdn. Bhd

Tahun Terbit:2019

Harga: RM 20.00

Muka Surat: 206

Buku Bijak Melabur Selok: Belok Pelaburan Saham / Razali Razman / True Wealth / 2015

ULASAN BUKU PAD RAUB – BAHAUDDIN BIN JAMALUDDIN 

Buku Bijak Melabur Selok: Belok Pelaburan Saham / Razali Razman / True Wealth / 2015


Nombor Panggilan:332.6 / ISBN:978-967-367-080-0 / Bahasa:Melayu

Kategori:Sains Kemasyarakatan

Ulasan :

Buku ini mengisahkan strategi melabur dalam pasaran saham meliputi penyelidikan dan perbandingan. 

Penulis juga menasihati supaya bakal pelabur tidak hanya mendengar nasihat broker, saudara mara atau bisikkan khabar angin semata-mata. Ramai yang membuat perbandingan harga barangan di pasaraya namun malas untuk membuat penilaian dan analisis sebelum membeli saham dengan sewajarnya. Keputusan pelaburan yang bijak penting bagi menjamin keuntungan. 

Buku ini akan membantu anda dalam membuat persediaan sebelum melabur sehingga anda mampu membina portfolio saham dan aset anda.

Judul:Bijak Melabur : Selok-Belok Pelaburan Saham

Pengarang:Razali Razman

Penerbit:True Wealth Sdn Bhd

Tahun: 2015

Harga: RM39.90

MukaSurat:238

Buku Ibu Bapa Bijak, Anak Mewah / Azizi Ali / Zaid Mohamad / True Wealth / 2011

ULASAN BUKU PAD RAUB – BAHAUDDIN BIN JAMALUDDIN

Buku Ibu Bapa Bijak, Anak Mewah / Azizi Ali / Zaid Mohamad / True Wealth / 2011


Nombor Panggilan:332.024

ISBN:978-67-416-072-2

Bahasa:Melayu

Kategori:Sains Kemasyarakatan

Ulasan :

Buku ini mengisahkan tentang strategi mudah bagi ibubapa membesarkan anak mereka supaya menjadi anak yang bijak, mewah dan lebih bertanggungjawab. Gabungan dua orang penulis sudah cukup memberi banyak idea yang penuh dengan informasi. 

Satu bacaan yang berguna bagi yang ingin menamatkan kesusahan dalam perbelanjaan dan mengejar kebahagian. Mereka berdua berkongsi perjalanan keluarga menuju kejayaan dalam kewangan dengan mengunakan strategi 8S. 

Selepas membaca keseluruhan buku ini kita akan dapat mempraktikkan strategi-strategi yang terkandung dan membina satu asas kewangan yang kukuh dan mampu mendatangkan kegembiraan untuk keluarga.

Judul:Ibu Bapa Bijak, Anak Mewah

Pengarang:Azizi Ali ( MBA ChFc )& Zaid Mohamad ( BSC )

Penerbit: True Wealth SdnBhd

Tahun:2011

Harga:RM39.90

MukaSurat:218


Buku Pesara Jutawan / Azizi Ali / True Wealth / 2015

ULASAN BUKU PAD RAUB – JAMALUDDIN BIN SHAFIIE

Buku Pesara Jutawan / Azizi Ali / True Wealth / 2015

Nombor Panggilan: 332.024014

ISBN: 978-67-416-072-2

Bahasa: Melayu

Kategori: Sains Kemasyarakatan

Ulasan :

Buku ini merupakan panduan bagi bakal pesara menjadi seorang pesara yang berjaya. 90% kemungkinan bahawa pesara tidak akan mempuyai wang yang cukup selepas persaraan. 

Pertama sekali kos kehidupan telah mendahului pencen. 

Kedua 90% pesara yang mencarum KWSP mempunyai kurang daripada RM 100,000 di dalam akaun mereka. 

Lebih teruk 38% para pekerja tidak dilindungi oleh pencaruman KWSP. 

Zaman keemasan mereka mungkin menjadi sebuah penjara bagi mereka. Buku ini akan memberi panduan kepada bakal pesara mengelak daripada situasi kejatuhan tersebut. Penulis juga memberi langkah-langkah praktikal yang boleh diambil sebelum bersara supaya bakal pesara tidak rugi di kemudian hari.

Judul:Pesara Jutawan

Pengarang:Azizi Ali ( MBA ChFc )

Penerbit:True Wealth SdnBhd

Tahun:2015

Harga:RM39.90

MukaSurat:165


Buku Tambah Duit Dengan Kerja Part Time / Mohd Aliff Mohd Nor / PTS Professional / 2011

ULASAN BUKU PAD RAUB – JAMALUDDIN BIN SHAFIIE

Buku Tambah Duit Dengan Kerja Part Time / Mohd Aliff Mohd Nor / PTS Professional / 2011


Nombor Panggilan :331.25727

ISBN :978-967-367-080-0

Bahasa :Melayu

Kategori :Sains Kemasyarakatan

Ulasan :

Buku ini mengisahkan kos sara hidup yang semakin meningkat dari semasa ke semasa dan langkah mengatasi masalah tersebut. 

Penulis cuba memberi langkah yang pratikal bagi mencari jalan penyelesaian. Buku ini lebih menekankan kerja menambah pendapatan melalui kerja sampingan. 

Penulis cuba membantu anda memilih kerja-kerja sampingan yang bersesuaian. Contohnya beliau sendiri memberi ceramah, menulis buku dan menjadi tutor Bahasa Inggeris. 

Beliau sekarang bekerja sepenuh masa sebagai Pemantau Media Penyiaran bagi Malaysia dan Singapura di sebuah organisasi Pemantau Media di ibukota.

Judul: Tambah Duit Dengan Kerja Part Time

Pengarang: Mohd Aliff Mohd Nor

Penerbit: PTS Frofessional PublishingSdnBhd

Tahun: 2011

Harga: RM15.50

MukaSurat: 142


Buku Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Pengubatan Al-Quran / Raflis Sabirin / Sri Saujana Marketing Pustaka Sri Saujana / 2018

ULASAN BUKU PAD RAUB – ABD JAMAL BIN ABD HAMID

Buku Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Pengubatan Al-Quran / Raflis Sabirin /  Sri Saujana Marketing Pustaka Sri Saujana / 2018

Nombor Panggilan:  297.122861 RAF / ISBN:  978-967-2133-37-7 / Bahasa:  Melayu / Kategori:  Agama

Ulasan:

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidaklah ALLAH SWT menurunkan suatu penyakit, melainkan Dia turunkan penyembuhnya (ubatnya). (Riwayat Bukhari dan Ibnu Majah).

Tiada penyakit yang tiada penyembuhnya.  Kita perlu berusaha untuk mencari ikhtiar untuk penyakit tersebut samaada perubatan medik mahupun perubatan Islam.

Di dalam buku ini ada menerangkan mengenai lebih sepuluh penyakit dan kaedah penjagaannya. Penulis juga turut berkongsi dengan pembaca tentang kaedah pengubatan menggunakan ayat-ayat Suci.

Selain berubat dan mendapatkan rawatan moden, kita perlu menjaga pemakanan dan mengamalkan aktiviti yang sihat.Walaubagaimanapun, sekuat mana kita berusaha untuk mencari penawar penyakit tersebut, kita perlulah bersandar dan bergantung kepada Allah SWT yang memberikan penyakit dan menurunkan ubatnya.

Judul: Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Pengubatan Al-Quran

Pengarang: Ustaz Raflis Sabirin

Penerbit: Sri Saujana Marketing Pustaka Sri Saujana Sdn. Bhd.

TahunTerbit: 2018

Harga: RM34.00

Muka Surat: 260

Buku Pembahagian Harta Pusaka dan Kepentingan Wasiat / Ghazali Ibrahim / Must Read / 2015

ULASAN BUKU PAD RAUB – ABD JAMAL BIN ABD HAMID

Buku Pembahagian Harta Pusaka dan Kepentingan Wasiat / Ghazali Ibrahim / Must Read / 2015


Nombor Panggilan: 297.14 GHA / ISBN: 978-967-0716-44-2 / Bahasa: Melayu

Kategori: Agama

Ulasan:

Ilmu Faraid sangat penting untuk dipelajari dan diamalkan oleh umat Islam. Jika kita mengambil tahu atau mahir dalam ilmu faraid secara tidak langsung kita akan tahu sedikit sebanyak tentang ilmu berkaitan hukum agama, khususnya ilmu dan hokum dalam bab fiqah. 


Hal ini demikian kerana, kita perlu terlebih dahulu mengetahui beberapa ilmu antaranya ilmu hisab (matematik), ilmu syarak, ilmu nasab dan persoalan zakat, wakaf, hibah dan seumpanya.  Masih ada segelintir pihak yang masih memandang remeh untuk mempelajari ilmu ini.


Acap kali kita melihat di dada akhbar dan media, bahkan di sekeliling kita juga, berlaku kes perebutan harta pusaka antara adik-beradik selepas kematian ibubapa.


Mereka merasakan ilmu faraid ini hanya berguna apabila seseorang telah meninggal dunia sahaja.


Oleh hal yang demikian, umat Islam digalakkan mempelajari ilmu ini sedikit sebanyak agar kita tahu hak dan bahagian sebenar setiap waris agar boleh diguna pakai ilmu tersebut di kemudian hari.


Judul:Pembahagian Harta Pusaka dan Kepentingan Wasiat

Pengarang:Ustaz Ghazali Ibrahim

Penerbit:Must Read SdnBhd

TahunTerbit:2015

Harga:RM30.00

Muka Surat:348

Buku Urus Rumah With Hani / Hani Mynis / Open Bridge / 2019

ULASAN BUKU PAD RAUB – SALIZAN BINTI SIDEK

Buku Urus Rumah With Hani / Hani Mynis / Open Bridge / 2019

Nombor Panggilan: 648.5 / ISBN: 9789673694150 / Bahasa: Melayu / Kategori: Sains Teknologi

Ulasan :

Buku ini menceritakan tentang menguruskan rumah. Dari pengurusan makanan sehingga pengurusan kewangan. 

Buku ini amat sesuai di baca kerana ia dapat membantu kita semua secara keseluruhan dan berjadual dalam menguruskan urusan kita di rumah seharian. 

Penulis juga menyediakan beberapa tips, seperti tips membeli buah buahan, tips membeli barang dapur dan sebagainya. Di belakang buku tersebut ada diselitkan tips kekalkan kekemasan rumah.

Judul: Urus Rumah With Hani

Pengarang: DR. Hani Mynis

Penerbit: Open Bridge Publication 

Tahun: 2019

Harga: RM 25.00

Muka Surat: 247

Buku Aku Anak Punk / Khai Aziz / Buku Pojok PLT / 2017

ULASAN BUKU PAD RAUB – SALIZAN BINTI SIDEK

Buku Aku Anak Punk / Khai Aziz / Buku Pojok PLT / 2017

Nombor Panggilan: 362.2915309595 / ISBN: 090910279688 / Bahasa: Melayu / Kategori: Sains Kemasyarakatan

Ulasan :

Buku ini mengisahkan pengalaman penulis tentang gaya hidup seorang PUNK. PUNK bukan sahaja berkenaan muzik, PUNK juga berkenaan gaya hidup seorang remaja.

Pencorak hidup remaja walaupun ianya bersifat sementara, bagi penulis hardcore PUNK dan straight edge telah menyelamat beliau dan rakan-rakan dari masalah dunia.

Sekarang penulis sudah ada sebuah DIY record label, United Front Records dan mempunyai sebuah band Hardcore Punk, Second Combat. Beliau juga seorang aktivis sosial.


Judul: Aku Anak Punk

Pengarang: Khai Aziz

Penerbit: Buku Pojok PLT

Tahun: 2017

Harga: RM 20.00

Muka Surat: 140


Buku Leftenan Adnan Saidi Pahlawan Bukit Chandu / Kolonel Ramli Abu Bakar / UPNM Press / 2015

ULASAN BUKU SIRI DISEMBER 2020. Buku Leftenan Adnan Saidi Pahlawan Bukit Chandu / Kolonel Ramli Abu Bakar / UPNM Press / 2015

KOLEKSI SENDIRI / CALL. NO : 923.5595 / RAM / ISBN : 978-967-5985-35-5 / BAHASA : MALAYSIA / KATEGORI : SEJARAH

ULASAN :  Buku ini mengkisahkan tentang Leftenan Adnan bin Saidi, salah seorang wira yang terkorban memertahankan tanah air daripada serangan tentera Imperial Jepun.

Anak sulung kepada pasangan Saidi dan Ramlah ini yang berketurunan suku Koto, Bukit Tinggi Sumatera. Pintar, berakhlak baik dan mempunyai didkan agama yang tinggi dari kecil menginjak dewasa menyenangkan hati semua orang . Usai sekolah rendah, beliau melanjutkan pelajaran di sekolah agama. Setelah menamatkan pengajian agama, beliau memasuki tentera walaupun dibantah oleh ayahnya.

Pada tahun 1933,beliau menyertai latihan tentera. Dan pada tahun 1937,beliau terpilih menyertai perbarisan memberi hormat sempena pertabalan Raja Geogre VI. Kemudian beliau dilantik sebagai Leftenan Muda dan berkhidmat sebagai ketua Platun ke-7,Kompeni C. Beliau menamatkan zaman bujang dengan berkhawin dengan Sophia Pakih Muda,seorang guru dan memperolehi tiga orang anak.

Kemaraan tentera Jepun yang pantas dikaitkan dengan sumber risikan dan strategi yang mantap mengusarkan tentera Bristish yang akhirnya bertahan di pulau Singapura. Walaupun Tambak Johor telah diletupkan tapi semangat banzai Jepun ini dapat menjejak kaki di pulau Singapura. 

Tentera Imperial Jepun bersunguh-sunguh membedil Pasir Panjang yang menempatkan Platun 7 yang diketuai Leftenan Adnan Cubaan ini berhasil menyebabkan Platun 7 diarahkan berkubu di Bukit Chandu pada tarikh 14 Februari 1942.Tentera Jepun giat meyerang bukit Chandu kerana disini sahaja pihak tentera askar melayu yang masih bertahan sedangkan seluruh Singapura telah ditawan. 

Akhirnya sehingga titisan darah terakhir,Leftenan Adnan dan pasukannya berjuang sehingga menimbulkan rasa marah pada tentera Jepun. Askar-askar melayu yang terkorban dipenggal kepalanya manakala jenazah Lefenan Adnan digantung pada pokok ceri, ditikam dengan bayonet dan lehernya dikelar. 

Al-fatihah buat semua perwira yang terkorban mempertahankan negara.


JUDUL : Leftenan Adnan Saidi : Pahlawan Bukit Chandu

PENGARANG : Ramli Abu Bakar, Kolonel

PENERBIT : UPNM Press

TAHUN TERBIT : 2015

HARGA : RM -

MUKA SURAT : 180 muka surat 


DI SEDIAKAN OLEH : HARUL AZAM BIN MAT NOOR

PEMBANTU PUSTAKAWAN BERGERAK S19

PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH JERANTUT

Buku KHUBLAI KHAN / Abdul Latip Talib / HIJJAJ RECORD PUBLISHING / 2019

Buku KHUBLAI KHAN / Abdul Latip Talib / HIJJAJ RECORD PUBLISHING / 2019

No Perolehan: 11508 / ISBN: 9789675391996 / Kategori:Kesihatan 297.18

Ringkasan/ Ulasan: 

KHUBLAI KHAN

Beliau memerintah Cina sepenuhnya setelah berjaya menakluk Dinasti Song di Cina Selatan. Khublai Khan akhirnya berjaya menyatupadukan Cina dan mentadbir 58 juta rakyat Cina pada zamannya. 

Khublai Khan berjaya memajukan ekonomi dengan memajukan sistem persawahan dan saliran air.  Beliau melantik pegawai yang berkelayakan, mendirikan sekolah, memberi penghargaan kepada cendekiawan, beliau galakan diadakan pertukaran ekonomi dan kebudayaan dengan negara luar. 

Khublai Khan juga mewujudkan sistem lalu lintas kenderaan berkuda. Setelah kerajaannya kuat maka Khublai Khan meluaskan tanah jajahannya ke luar Cina. 

Mereka menakluk Korea, Tibet dan Vietnam. Kemudia memasuki Eropah dan mengalahkan Rusia, Poland dan Hungari. Cerita ini sangat menarik dan mempunyai sejarah yang besar dan menarik

Judul: KHUBLAI KHAN

Pengarang: Abdul Latip Talib

Penerbit: HIJJAJ RECORD PUBLISHING

Tahun Terbit: 2019

Harga: RM27.90 

Muka surat: 405

Rating: 5


Disediakan oleh : Disahkan Oleh :

Muhammad Shahril Rosniza Elias

Pembantu Pustakawan Ketua Pustakawan

Buku A Walk To Remember / Nicholas Sparks / Grand Central Publishing / 1999

Buku A Walk To Remember / Nicholas Sparks / Grand Central Publishing / 1999

No Perolehan: DTEM 010996 / ISBN: 978-1-5387-6470-1 / No. Pengkelasan: F SPA / Kategori: Fiksyen

Ringkasan/ Ulasan:

Membaca novel ini seperti mengimbau kembali filem A Walk To Remember lakonan Mandy Moore dan Shane West yang saya tonton bersama teman di universiti suatu ketika dulu.

Filem romantik yang menyentuh hati ini diadaptasi daripada novel A Walk To Remember nukilan Nicolas Sparks ini sangat menarik untuk dibaca. Penulis menulis kisah cinta London Carter dan Jamie Sullivan. Jamie ditakdirkan untuk London dan mengajarnya erti kasih sayang suka duka di dalam kehidupan.

Dapatkan novel menarik ini dan tambahkan koleksi bacaan anda.

Judul: A Walk To Remember

Pengarang: Nicholas Sparks

Penerbit: Grand Central Publishing

Tahun Terbit: 1999

Harga: RM44.90

Muka surat: 237

Rating: 5


Ulasan Oleh : 

Puan Zulaiha Ahmad, 

PAD Temerloh

Buku: Subuh Warrior Pejuang Fajar / Fatimah Syarha / Farhan Hadi / Sebarkan Bahagia / 2019

ULASAN BUKU OKTOBER 2020

Buku: Subuh Warrior Pejuang Fajar / Fatimah Syarha / Farhan Hadi / Sebarkan Bahagia / 2019

No Perolehan :EPER002075 / ISBN: 978-967-15982-3-8 / Kategori: Agama

Ringkasan / Umum :


Pejuang Fajar:

"Pejuang fajar,

Subuhnya selalu diulit mimpi,

sehingga dia tekad berdiri,

menukar subuhnya menjadi realiti,

biar gagal berkali kali,

pejuang fajar tak akan berhenti."


Kisah pemuda yang asalnya liat bangun pagi ini mewakili kisah permasalahan generasi muda hari ini. Namun, dia bangkit memajukan diri, menjadi Pejuang Fajar.

Novel berilustrasi ini membawa beberapa pesan:

Setiap pagi, kita ada 2 pilihan:

- Terus bermimpi atau 

- Bangkit mengejar mimpi.

Setiap pagi, rancanglah 7 minit, ia akan selamatkan 24 jam hari ini dari bingung tiada arah.

Setip pagi, berazamlah mengejar segala tawaran Ilahi, produktif sepanjang hari, dan malam ini tidur awal seperti Nabi agar kuat hidupkan malam bersama Ilahi.

Ayuh! Bangkit seawal pagi dengan kerelaan bukan lagi dengan paksaan dan kejutan.

Buku yang disampaikan secara santai dan seronok dibaca dselitkan dengan hadis-hadis Rasulullah dan kata-kata ulama menjadi sandaran serta penuh dengan pengajaran mengajak kita menghargai masa sangat sesuai menjadi bacaan masyarakat sebagai modul pengurusan masa.

Selamat membaca


Judul: Pejuang Fajar

Pengarang: Fatimah Syarha

Penerbit: Sebarkan Bahagia Sdn Bhd

TahunTerbit: 2019

Harga: RM 26.00

Mukasurat: 303


Disediakan Oleh:              Di semak Oleh :

Isham bin Hamzah Norkamila binti Mahmud

Pembantu Pustakawan              Ketua Perpustakaan Daerah

PD Peramu Jaya                                                               PAD Pekan

Buku 99 Stress Free Wife / Shaza Baharuddin / Must Read / 2018

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2020

Buku 99 Stress Free Wife / Shaza Baharuddin / Must Read / 2018

No Perolehan:  EPAL 19/002249 / ISBN:  978-967-2038-71-9 / Kategori:  Kesusasteraan

Ringkasan / Umum :

Buku 99 Stress Free Wife merumuskan tekanan yang wujud itu kadangkala datangnya dari persekitaran. Tekanan itu juga datang daripada sikap kita dan juga sikap pasangan. Adakalanya juga benda remeh-temeh pun boleh mendatangkan tekanan. Seronokkah hidup suami isteri sekiranya sentiasa berada dalam keadaan tertekan? Tidak, Bukan?

Dalam buku ini merupakan coretan 99 kisah stres seorang isteri. Bohonglah jika sesebuah rumah tangga sentiasa dalam suasana ceria. Tentunya ada perasaan berkecil hati, kecewa, rajuk, dan tertekan dengan pasangan. Melalui perasaan tertekan inilah para isteri belajar mengenali suami mereka sebenarnya. Alah, bukan stres sangat pun, stres ala-ala manja saja. 

Anggap sahaja stres yang datang seakan debu yang hinggap seketika, dan akhirnya melayang ditiup angin. Jangan dilayan tekanan kerana kelak merana diri. Hati tidak ceria, perasaan tidak gembira. Lagi pun, kita tidak tahu selama mana kita akan terus berkasih sayang dengan suami. Kecapilah saat-saat bahagia ini bersama pasangan. Ingatlah, kita hidup berumah tangga untuk menikmati bahagia, bukannya menangung derita bertemankan air.

Diharapkan buku ini dapat memberi banyak manfaat kepada pembaca walau apa pun keadaanya, suburnya kehidupan rumah tangga dengan kasih sayang dan keprihatinan. Selalulah memuji pasangan dan bersikap toleransi. Hormoni pasangan dan hargai usaha mereka sentiasa berdoa untuk pasangan serta bersyukurlah kerana kita mempunyai pasangan hidup. Selamat membaca !!!

Judul :      99 Stress Free Wife

Pengarang :      Shaza Baharuddin

Penerbit :      Must Read Sdn. Bhd.

Tahun Terbit :      2018

Harga :      RM 18.00

Muka surat :      149


Disediakan Oleh: Disemak Oleh : 

Noraziah Binti Abd. Razak Norkamila Binti Mahmud

Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah

PD Paloh Hinai PAD Pekan

Buku Ulam Dan Sayur Tempatan Semenanjung Malaysia Edisi Kedua / Rukayah Aman / DBP / 2018

ULASAN BUKU SEPTEMBER 2020

Buku Ulam Dan Sayur Tempatan Semenanjung Malaysia Edisi Kedua / Rukayah Aman / DBP / 2018

No Perolehan :EPER002647 / ISBN: 978-983-46-1721-9 / Kategori: Sains Tulen

Ringkasan / Umum :

Berpengalaman luas dalam bidang Botani dan pertanian selama hampir 31 tahun maka lahirlah buku yang menerangkan ciri-ciri morfologi, kegunaan dan khasiat bagi 119 spesies ulam dan sayuran yang banyak terdapat di negara kita. Gambar foto berwarna-warni disediakan agar para pembaca mudah mengecam setiap jenis ulam dan sayuran yang diperkenalkan. 

Selain mengetengahkan khasiat makanan dan kegunaan perubatan, buku setebal 316 muka surat ini juga turut menampilkan nama botani, habitat dan taburan, cara memasak dan memakan serta pembiakan ulam dan sayuran berkenaan.

Penulisan dan gaya bahasanya sangat mudah difahami serta bersesuaian untuk semua lapisan peringkat umur masyarakat bagi mengenali dengan lebih dekat lagi spesies-spesies ulam dan sayuran yang boleh digunakan sama ada sebagai ulam, ubatan, sayur-sayuran atau buah-buahan yang boleh dimakan serta sesetengahnya toksik. 

Selain untuk bacaan umum, buku ini sangat berguna sebagai bahan rujukan kepada para pelajar serta mereka yang meminati alam tumbuhan.

Buku ini diharapkan dapat menimbulkan kesedaran bahawa negara kita yang subur ini kaya dengan pelbagai spesies ulam dan sayuran bermanfaat yang perlu dipelihara sama ada secara semulajadi atau pun ditanam supaya tidak hilang di dalam arus pembangunan dan pemodenan yang pesat ini serta menanam kesedaran di kalangan masyarakat untuk memilih makanan yang berkhasiat, seimbang dan tidak dicemari oleh bahan kimia pertanian moden.

Selamat membaca.

Judul: Ulam Dan Sayur Tempatan Semenanjung Malaysia Edisi Kedua

Pengarang: Rukayah Aman

Penerbit: Dewan Bahasa & Pustaka

TahunTerbit: 2018

Harga: RM 50.00

Mukasurat: 316


Disediakan Oleh: Di semak Oleh :

Isham bin Hamzah Norkamila binti Mahmud

Pembantu Pustakawan              Ketua Perpustakaan Daerah

PD Peramu Jaya                                                               PAD Pekan

Buku Relaks & Senyum / Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad / Grup Buku Karangkraf / 2019

ULASAN BUKU BULAN SEPTEMBER 2020

Buku Relaks & Senyum / Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad / Grup Buku Karangkraf / 2019

No Perolehan:  EPAL 19/002425 / ISBN:  978-967-86-0879-4

/ Kategori:  Falsafah

Ringkasan / Umum :

Buku Relaks & Senyum merumuskan tentang stres dan pengurusan stres serta cara untuk hidup dengan lebih tenang dan bahagia. Rasa ego, rasa besar diri, rasa perasan bagus, rasa diri lebih baik akan diinjak sampai lumat tidak bersisa kerana inilah asal punca kepada masalah stres yang menimpa.

Pengurusan stress ini penting untuk dipelajari kerana mendapat rasa tenang itu bukannya mudah disebabkan masalah yang menimpa kita, datangnya hamper setiap hari dan dalam cara dan ’berat’ yang berbeza pula. 

Maka antara tipnya adalah kita perlu bermunasabah untuk setiap yang telah dan akan kita lakukan, muhasabah atas perangai sendiri serta memberi dorongan positif kepada diri sendiri supaya kita lebih tenang dan relaks dalam hidup.

Diharapkan buku ini dapat memberi banyak manfaat kepada pembaca walau apa pun takdir kita, kita yang patut mengawalnya. Kita relaks dan bertenang bila ada masalah dan ujian, syukur dengan apa yang ada, dan sambil-sambil kita bermuhasabah. Berfikir positif apa yang berlaku dan biar kita dapat senyum sampai langit!!!. Selamat membaca !!!

Judul:      Relaks & Senyum

Pengarang:      Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad

Penerbit:      Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.

TahunTerbit:      2019

Harga:      RM24.00

Mukasurat:      184


Disediakan Oleh: Disemak Oleh : 

Noraziah Binti Abd. Razak Norkamila Binti Mahmud

Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah

PD Paloh Hinai PAD Pekan


Thursday, November 26, 2020

PROGRAM ULASAN BUKU 2013 - 2020

A. Melalui program ini, petugas boleh pilih buku untuk dibaca dan dibuat ulasan bertulis. Seterusnya ulasan diserahkan kepada ketua untuk disemak dan dirancang pembangunan potensi mereka di bidang yang dibaca.


B. Program ini melibatkan 5 tujuan yang dilaksanakan dalam 5 peringkat iaitu:

2010 - 2012

Peringkat 1 (5%) GALAKAN MEMBACA: Kita galakan masyarakat membaca dan dalam jangka masa yang sama kita galakkan diri kita sendiri.


2013-2015

Peringkat 2 (40%) TUGAS MEMBACA: Kita galakan masyarakat membaca tetapi kita kurang galakkan diri kita sendiri. Maka program ini menunjukkan kepada masyarakat bahawa kita juga ada program galakan membaca untuk kakitangan.


2016-2018

Peringkat 3 (40%) GALAKAN MELATIH: Kita selalu senaraikan macam-macam keperluan latihan dalam LNPT setiap tahun. Program ini memberi ruang kepada petugas untuk melatih diri sendiri melalui pembacaan buku yang bersesuaian dengan keperluan latihan masing-masing.


2019-2020

Peringkat 4 (10%) GALAKAN MENULIS: Kita suka apabila ada masyarakat di tempat kita jadi penulis. Program ini memberi ruang kepada petugas untuk menjadi penulis dengan melatih gaya penulisan masing-masing.


2021

Peringkat 5 (5%) TUGAS MENULIS: Sudah dikenalpasti mereka yang berbakat menjadi penulis dan penceramah. Program ini akan mendapatkan ruang untuk mereka kembangkan bakat tersebut.


C. Jumlah Ulasan Buku Bagi Tempoh 2013 - 2019

2019 - 184 buah

2018 - 186 buah

2017 - 158 buah

2016 - 120 buah

2015 - 109 buah

2014 - 81 buah

2013 - 24 buah

JUMLAH - 862 buah

Thursday, November 5, 2020

BUKU: SIRI MENITI TANGGA KEJAYAAN: MENGHADAPI POLITIK PEJABAT

BUKU: SIRI MENITI TANGGA KEJAYAAN: MENGHADAPI POLITIK PEJABAT

JUDUL: MENGHADAPI POLITIK PEJABAT / PENGARANG: MENGHADAPI POLITIK PEJABAT/ PENTERJEMAHAN OLEH: TI LIAN CHEONG / PENERBIT: UTUSAN PUBLICATION & DISTRIBUTORS SDN. BHD. / TAHUN TERBIT: 2008 / HARGA: RM8.00 / JUMLAH MUKA SURAT: 88 / ISBN: 978-967-61-2115-0 / BAHASA: BAHASA MELAYU / KATEGORI: FIKSYEN DEWASA

ULASAN : Buku cerita ini berjudul Menghadapi Politik Pejabat. Didalam sesebuah organisasi pasti akan ada berlakunya pelbagai cabaran dan masalah yang perlu dihadapi oleh setiap pekerja. Namun, bagaimanakah untuk tanganai masalah apabila berhadapan dengan pilitik pejabat?

Disini, buku ini ada berkongsi tips atau kefahaman tentang bagaimana hendak mengurus sesuatu situasi yang dimana dari berfikiran negatif akan beransur menjadi ke arah positif. Alangkah indahnya kehidupan sekiranya dapat berkhidmat di tempat kerja tanpa bimbang tentang orang lain dan apa yang mereka sedang lakukan. Akan tetapi, setiap orang mempunyai jalinan hubungan di seluruh organisasi. Sekiranya tidak dapat menanganinya dengan baik, ia mungkin akan mendatangkan masalah dalam kerjaya. Penting untuk mengenal dan faham situasi di kawasan tempat kerja dengan baik.

Sekiranya terlibat dalam suasana politik yang teruk, adalah lebih baik sekira ianya dapat diurus melalui saluran yang betul bagi mengelak daripada terus terjerumus ke dalam gejala ini. Sekiranya situasi ini melibatkan rakan sekerja minta nasihat ketua dan jelaskan setiap masalh serta minta nasihatnya tentang apa yang harus dilakukan selanjutnya.

Selain itu, bina hubungan dengan baik dan cari kaedah untuk menyumbang kemahiran serta pendapat yang akan dighargai oleh orang lain. Dengan cara seperti ini mereka akan menghormati, seterusnya membolehkan diri kita lebih maju dan menyerlahkan kebolehan diri. Sekiranya berada dalam organisai besar tetapi hendak mengelak daripada terlibat dengan politik dalam kerjaya, mungkin perlu ubah keadaan sekeliling tanpa meninggalkan organisasi tersebut. Unit yang lebih kecil biasanya mempunyai struktur lebih mudah dan kurang politik berbdanding dengan unit yang besar.

Namun, menonjolkan imej yang positif sangat berguna dalam kehidupan, terutamanya ditempat kerja. Walaupun ia memerlukan pemikiran yang mendalam, motivasi dan kesedaran diri, ia perlu dilatih supaya kita dapat berkomunikasi dengan baik, member motivasi kepada orang lain, mewujudkan suasana yang harmoni serta dapat menghasilkan kualiti kerja yang baik.

Kesimpulannya, setiap masalah itu sama ada ditempat kerja mahupun diluar adalah bergantung kepada cara kita untuk menanganinya dengan baik. Tidak perlu tindakan yang drastik atau tergesa-gesa, fahami situasi, motivasi diri, lakukan perubahan demi perubahan secara positif, pasti akan menjadikan setiap masalah dan politik kerja itu diatasi dengan baik dan teratur. Tanamkan dalam diri untuk tidak terlibat dalam politik di tempat kerja malah, sentiasa niat dalam diri untuk sentiasa menghasilkan kualiti kerja yang baik agar menjadi seorang yang berjaya dalam kerjaya.

BUKU: SIRI SINARAN NILAI MURNI. KASIH SAYANG YANG TERINDAH

BUKU: SIRI SINARAN NILAI MURNI. KASIH SAYANG YANG TERINDAH

JUDUL: KASIH SAYANG YANG TERINDAH / PENGARANG: NOR ASLINA MAMAT / PENERBIT: MINDAMAX SDN.BHD. / TAHUN TERBIT: 2014 / HARGA: RM7.10 / JUMLAH MUKA SURAT: 32 / ISBN: 978-967-11349-5- / BAHASA: BAHASA MELAYU / KATEGORI: FIKSYEN MELAYU KANAK-KANAK

ULASAN : Buku cerita ini berjudul Kasih Sayang yang Terindah. Cerita ini mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang serba kesusahan. Didalam sebuah keluarga yang mempunya dua orang adik beradik iaitu Syahir dan kakaknya. Mereka tinggal bersama ibunya yang bertungkus lumus untuk menyara kehidupan mereka dengan penuh kasih sayang

Syahir seorang anak yang degil dan tidak mendengar kata. Dia selalu datang lewat ke sekolah dan mempunyai keputusan yang teruk dalam peperiksaan. Ibunya sering bersedih dan kecewa dengan sikapnya, namun seorang ibu tidak mampu untuk menutup kasih sayang terhadap anaknya. Ibunya sering berusaha untuk memenuhi kehendak Syahir biarpun Syahir seringkali mengecewakannya.

Sikapnya itu juga menyebabkan kakaknya sering memarahi dan menasihatinya agar tidak berkelakuan sebagitu. Namun, Syahir sedikitpun tidak mengendahkannya malah lagi melawan kata-kata kakaknya. Kakaknya kasihan melihat ibu bersedih tetapi apa lagi yang harus dilakukan kakaknya untuk menyedarkan Syahir yang begitu keras kepala. Ibunya tetap tenang dengan sikap Syahir dan sentiasa berdoa agar Syahir berlembut hati dan berubah suatu hari nanti.

Pada suatu malam, hari sudah semakin lewat Syahir bergegas-gegas mahu keluar berjumpa rakannya. Ibu dan kakaknya cuba menghalang dan menasihatinya namun Syahir tidak peduli sama sekali. Malam itu juga mereka mendapat berita Syahir kemalangan jalanraya akibat daripada berlumba motorsikal bersama rakannya dan terlantar dihopital.

Sesampai ibunya dihospital memeluk erat Syahir yang terlantar diatas atas sambil menangis teresak mengenangkan nasib anakn ya itu. Setelah sedar Syahir mengenggam tangan ibunya dan memohon maaf diatas kekhilafan dan sikapnya selama ini. Syahir berasa insaf dan mahu berubah menjadi manusia yang berguna serta berbakti kepada org tua nya. Akhirnya, Syahir teruskan menuntut ilmu dan kini dia telah menyambung pengajiannya ke Jordan. Hari demi hari ibunya tidak sabar menanti kepulangan Syahir ke rumah setelah tamat tempoh pengajiannya.

Buku: Dah Gemuk Lah

Buku: Dah Gemuk Lah

No Perolehan: EKER001691 / ISBN: 9789674154547 / Kategori:Teknologi

Ringkasan/ Ulasan

Membaca buku “Dah Gemuk Lah!” di mana mengajar cara pemakanan untuk menyihatkan badan secara baik tanpa ubat untuk kurus. Buku ini juga memberi tiga puluh cara sempurna boleh membantu dengan berkesan, sangat fleksibel dan Pratikal,Jadi hanya tinggal pilih mana satu sesuai dengan gaya hidup kita.

Dengan Buku ini mungkin boleh mencapai hasil yang sihat sepanjang hayat bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga keluarga dan mereka sayangi. Kita mungkin boleh mengambil serba sedikit pengalaman yang pernah di alami sebagai pengajaran dan petunjuk supaya kita menjadi lebih baik.

.Sesiapa yang mengetahui lebih lanjut bolehlah membaca buku ini. Selamat membaca.

Judul: “Dah Gemuk lah!”

Pengarang: Tunku Halim

Penerbit: MPH Group Publishing Sdn.Bhd

Tahun Terbit: 2018

Harga: RM25.00

Muka surat: 171

Rating: 4

Ulasan Oleh : Puan Norasuryanti Binti Abdul Rapar, PD Kerdau

Buku: Faraid A-Z

Buku: Faraid A-Z

ISBN: 978-983-49-0742-6 / No. Pengelasan: 340.59 JAS / Kategori:  Masyarakat

Ringkasan/ Ulasan

Buku bertajuk Faraid A-Z ini memberi ilmu pengetahuan dan pemahaman mengenai ilmu al-fariad seperti ilmu kekeluargaan, ilmu nasab, ilmu ekonomi, ilmu hisab dan ilmu megenai kehartaaan.

Membaca buku ini pembaca dapat menguasai maksud disebalik kadar, hak waris, jenis harta dan bentuk pindah milik harta dengan lebih jelas.

Judul: Faraid A-Z

Pengarang:  Jasni Sulong, Zahari Mahad Musa

Penerbit: Dewan Bahasa & Pustaka

Tahun Terbit:  2019

Harga: RM25.00

Muka surat: 331

Ulasan oleh:  Norzini binti Majid PD Jenderak Loop

Buku: Rezeki yang Berkat

Buku: Rezeki yang Berkat

ISBN: 978-967-0911-31-1 / No Pengkelasan:FM AMI / Kategori:Motivasi

Ringkasan/ Ulasan

Buku Rezeki yang Berkat  ini mengisahkan bagaimana Azam menghabiskan cuti penggal persekolahan dengan mengisi masa lapang bekerja secara sambilan dan juga usaha murni Azam, Ah Meng, Krisnan dan Hamdan menyelamatkan Udin bekas pekerja Ah Hock dari terus hanyut dengan aktiviti mencuri motosikal akibat terpengaruh dengan rakannya yang tidak baik. 

Buku ini sangat sesuai dibaca buat kanak-kanak kerana penuh dengan pengajaran dan nilai murni.

Judul: Rezeki yang Berkat / Pengarang:  Amirul Raffik Ghazali / Penerbit: MZ Edu Publications Selangor Darul Ehsan / Tahun Terbit:  2019 / Harga: RM 15.00 / Muka surat: 68 

Ulasan oleh:  Juwahi Binti Md Amin, Perpustakaan Desa Siber  Sanggang

Buku: Kumpulan Puisi Zaini Ujang: Kalau Ada Yang Bertanya

Buku: Kumpulan Puisi Zaini Ujang: Kalau Ada Yang Bertanya

No Perolehan: DTEM 010093

ISBN: 978-967-460-839-2

No. Pengkelasan: 899.2313 ZAI

Kategori: Kesusasteraan

Ringkasan/ Ulasan

Seperti selalu buku yang cantik dan comel menjadi perhatian saya untuk dibelek. Kali ini menikmati puisi nukilan Zaini Ujang yang mempunyai pelbagai corak dan cerita. 

Kumpulan puisi ini disusun mengikut topik yang menarik, daripada Harga Diri dan Citra Diri, Ibadah dan Kehidupan dan diakhir dengan Persinggahan. Membaca puisi-puisi ini memberikan gambaran jawapan tentang persoalan kehidupan seharian. 

Puisi disampaikan mudah difahami dan mempunyai nasihat yang berguna.

Judul: Kumpulan Puisi Zaini Ujang: Kalau Ada Yang Bertanya / Pengarang: Zaini Ujang / Penerbit: ITBM / Tahun Terbit: 2019 / Harga: RM55.00 / Muka surat: 184

Ulasan Oleh : Puan Zulaiha Ahmad, KPD Temerloh

Buku: Asas Fardu Ain Lengkap / Abu Bakar bin Omar Al-Hafiz / Pustaka Ilmuan / 2018

Buku: Asas Fardu Ain Lengkap / Abu Bakar bin Omar Al-Hafiz / Pustaka Ilmuan / 2018

ISBN: 9789675778667 / Kategori: 297.5

Ringkasan/ Ulasan: 

Asas Fardu Ain Lengkap Buku ini amat membantu kita dalam Ajaran Agama Islam. Buku ini merupakan panduan asas ibadat bagi setiap muslim didalam kehidupan seharian. Sebagai pengamal ajaran Islam kita wajiblah mengetahui asas-asas ajaran Islam bagi memastikan ibadat yang kita lakukan tidak sia-sia.

Didalam buku ini,ada menerangkan secara ringkas mengenai Rukun Islam,Rukun Iman,dan beberapa yang menjadi perkara asas penting dalam melakukan ibadat sehari seperti bersuci, solat, puasa, zakat, haji, nikah dan beberapa doa yang biasa diamalkan.

Semoga buku ini akan memberi manfaat dan bimbingan kepada sekalian muslimin dan muslimat agar memperoleh ilmu untuk menghadapai cabaran bagi meneruskan kehidupan di dunia serta mendapat keredhaan Allah di akhirat kelak.

Judul: Asas Fardu Ain Lengkap/ Pengarang: Abu Bakar bin Omar Al-Hafiz / Penerbit: Pustaka Ilmuan/ Tahun Terbit: 2018 / Harga: RM25.00  / Muka surat: 428

Disediakan oleh : Disahkan Oleh :

Muhammad Shahril Rosniza Elias

Pembantu Pustakawan Ketua Pustakawan


BUKU Kata-Kata Paling Inspiratif Buat Usahawan

BUKU Kata-Kata Paling Inspiratif Buat Usahawan

CALL NO. : 650.1

ISBN : 978-967-444-783-0

BAHASA :BAHASA MELAYU

KATEGORI :PERKHIDMATAN PENGURUSAN

ULASAN: 

Buku ini banyak memberi semangat dan panduan yang sangat berguna terutama buat usahawan-usahawan dalam mencetuskan idea-idea baharu. Kata-kata di dalamnya juga memberi inspirasi cara untuk seorang usahawan berfikir dan mengolah idea sama ada mahu mendapatkan energi yang negetif atau menaikkan energi positif buat diri sendiri dan juga orang sekeliling untuk melangkah lebih maju dan memperbaiki kualiti kehidupan.

Pembaca terutama golongan yang baharu menceburkan diri dalam bidang usahawan sangat digalakkan menelaah isi buku ini kerana kata-katanya membantu anda merealisasikan gerbang perniagaan anda untuk lebih berdaya maju. Ini kerana untuk menjadi usahawan berjaya tidak memerlukan latar belakang perniagaan tetapi bakat yang perlu dipupuk dan dipelajari, kemudiannya dipindahkan untuk dikembangkan tanpa mengalah.

JUDUL : KATA-KATA PALING INSPIRATIF BUAT USAHAWAN

PENGARANG :  TIADA

PENERBIT : SAM SYNERGY MEDIA SDN BHD

TAHUN TERBIT :2018

HARGA :RM17.50

MUKA SURAT :288

RATING :4/5

Tuesday, September 22, 2020

Top Locations

Malaysia 341K

United States 53K

Russia 29.7K

Indonesia 8.44K

Germany 7K

Singapore 4.45K

Ukraine 3.98K

Romania 3.49K

India 2.97K

Other 35.6K

BUKU INDAHNYA PULAU SIPADAN / DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA / 2014

ULASAN BUKU SEPTEMBER 2020. BUKU INDAHNYA PULAU SIPADAN / DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA / 2014

BUKU:  INDAHNYA PULAU SIPADAN

PENERBIT: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

TAHUN TERBIT:  2014. HARGA:  RM 8.00. MUKA SURAT:  24

BULAN BACAAN:  SEPTEMBER 2020

NO. ISBN:  978-983-46-1933-6

ULASAN: Buku ini mengisahkan percutian dan pengalaman Amarul bercuti bersama bapanya.  Mereka bercuti di Pulau Sipadan.  Pulau Sipadan terletak di Sabah yang memang terkenal dengan keindahannya. 

Bapanya mengajak Amarul bersnorkel tetapi Amarul tidak mahu kerana tidak pandai berenang dan tidak suka air. Terjadi sesuatu yang aneh kepada Amarul sewaktu Amarul sedang tidur dan apabila terjaga dari tidur Amarul menjadi begitu bersemangat untuk mengikuti bapanya bersnokel. 

Amarul tidak mahu melepaskan peluang untuk menyelam ke dasar laut.  Sama-samalah kita membaca buku ini untuk mengetahui kisah selanjutnya.

Diulas oleh : Irena Binti Hassan. Pembantu Pustakawan. Perpustakaan Desa Kg Seri Mahkota

Disemak oleh : Ahmad Aziddin B Ahmad. Ketua Unit Rangakaian Perpustakaan


BUAT DUIT DENGAN HARTANAH / MOHD SAFUAN BIN ABD RAHMAN / QAISER VENTURES ENT. / 2014

BUKU BUAT DUIT DENGAN HARTANAH / MOHD SAFUAN BIN ABD RAHMAN / QAISER VENTURES ENT. / 2014

NOMBOR PANGGILAN: 332.6324 MOH. ISBN: 9789671246320. BAHASA: MALAYSIA. KATEGORI: SAINS KEMASYARAKATAN

ULASAN: Dalam mengharungi kos kehidupan yang kian meningkat, saban hari kita memerlukan semakin banyak wang untuk memenuhi keperluan seharian.  Bagi mereka yang mempunyai sumber kewangan yang kukuh tidak begitu merasai bebanan. Untuk tujuan mendapt pendapatan yang boleh memenuhi keperluan kewangan anda pengarang mempersembahkan buku ini sebagai solution atau katakunci.  Pengarang menitipkan ilmu untuk menjana pendapatan tidak kira ia akan dilakukan sebagai kegiatan sampingan selain kerja utama dan menghasilkan side income. 

Bahagian awal buku ini pengarang memberi kefahaman mengenai definisi hartanah.  Hartanah adalah sesuatu yang amat bernilai dan wajar dimiliki oleh sesiapa sebagai asset di dalam hidup ini.  Ia boleh dijadikan sebagai pelaburan atau simpanan yang tinggi nilainya.  Pengaran memberi lebih tumpuan dalam hartanah rumah.  Ini kerana permintaan melebihi dari penawaran.  Pun begitu untuk terjun ke dalam bidang ini  mermerlukan MODAL BIARPUN TIDAK BANYAK.

Selok belok ilmu membeli hartanah iaitu pejabat daerah dan tanah, pejabat tanah dan galian,  pihak guaman, menyemak status hartanah melalui carian rasmi, dan urusan berkaitan. Hartanah lelong yang diwartakan menjadi pilihan kerana sebutharga di bawah nilai tertinggi pasaran semasa. Tidak ketinggalan networking dengan broker atau ejen hartanah lain dalam mendapat pandangan yang jelas dan jitu bagi mengelakkan kerugian atau memaksimakan keuntungan.  System perundangan juga perlu dikaji kerana ada hartanah yang tidak boleh ditukar milik dalam tempoh tertentu.  

Antara cara membuat duit melalui hartanah ialah dengan cara flipping rumah lelong.  Melakukan ubahsuai dan baikpulih untuk mendapat harga yang tinggi selepas ditolak kos pembaikan atau hartanah ini disewakan atau dijual.

Penerbit:  QAISER VENTURES ENT.

Tahun Terbit:  2014

Mukasurat:  132

Rating: 8/10

Disediakan oleh:  Juriah bt Mohamed

[abangensem] [goodreads] [shopee]

BUKU ISU-ISU ALAM SEKITAR DEKAD 90AN / KHOR KOK PENG

Ulasan Buku, Ulasan Buku 2020, Ulasan Buku 2020 Alam Sekitar, Ulasan Buku 2020 Juriah Mohamed, Ulasan Buku PAD Bentong 2020,

PD JAMBU RIAS BENTONG – BIL 10/2020. BUKU ISU-ISU ALAM SEKITAR DEKAD 90AN / KHOR KOK PENG

NOMBOR PANGGILAN:  363.7. ISBN:  983-104-013-9. BAHASA:  MALAYSIAKATEGORI:  SAINS KEMASYARAKATAN

ULASAN: Buku ini membincangkan secara terperinci mengenai setiap kes pencemaran yang terjadi, ia dapat memberi pencerahan yang diharapkan. Sedikit sebanyak ia menyentuh peranan manusia dalam mengembalikan kelastarian alam.  Pertembungan silang Antara pembangunan dan kemusnahan serta pencemaran alam sekitar dapat diatasi dengan teknologi dari Negara-negara maju.  Namun terdapat halangan-halangan yang ketat di bawah peruntukan Hak Harta Intelektual (IPR) dalam Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan (GATT).

Pengarang memaparkan lima belas artikel untuk pembaca. Berikut Antara tajuk tersebut ialah

1.Krisis ekologi terus berlarutan

2.Perdebatan isu perubahan cuaca.  Amerika Syarikat berdolak-dalik

3.Negara-negara maju haling pemindahan teknologi ke Selatan

4.Krisis air dunia semakin meruncing

5.Perlombongan burukkan lagi masalah alam sekitar dan social

6.Negara Asia Selatan kerugian US$10 bilion setahun 

7.Jerebu landa Negara

8.Kaedah pertanian perlu disemak

9.Beralih kepada pertanian organic

10.Kuman kebal kepad ubatan

11.Kebimbangan terhadap gen ganjil 

12.Kemunculan penyakit baru membimbangkan 

13.Kepahitan di sebalik paten ubatan

14.Keriuhan isu paten haiwan

15.Klon biri-biri cetuskan debat etika.

Isu-isu yang diketengahkan masih relevan dengan keadaan semasa.  Bagi pelajar buku ini sesuai sebagai bahan rujukan.  Adalah diharapkan agar selepas membaca buku ini kesedaran terhadap pentingnya menjaga alam sekitar untuk meningkatkan kualiti kehidupan.  Buku ini memberi isyarat betapa bahaya jika kemusnahan ekologi yang disebabkan oleh manusia, kemusnahan itu akan kembali melanda  kehidupan manusia bagai ombak tsunami.  Bersabatlah dengan alam kerana kita adalah sebahagian dari isi alam itu sendiri.  Dalam menyediakan pembangunan untuk meningkatkan kualiti kehidupan isu alam sekitar haruslah diutamakan. 

Pengarang:  KHOR KOK PENG

Penerbit:  PERSATUAN PENGGUNA PULAU PINANG

Tahun Terbit:  

Mukasurat:  141

Rating:  9/10

Disediakan oleh:  Juriah bt Mohamed

BUKU SAMPAI BILA MAKAN GAJI? / MEJAR [B] MOHAMMAD QAYYUM A. BADARUDDIN / 2016

PD JAMBU RIAS BENTONG – BIL 9/2020. BUKU SAMPAI BILA MAKAN GAJI? / MEJAR [B] MOHAMMAD QAYYUM A. BADARUDDIN / 2016

NOMBOR PANGGILAN:  153.8. ISBN:  9789675994524. BAHASA:  MALAYSIA. KATEGORI:  FALSAFAH DAN PSIKOLOGI

ULASAN: Pekerjaan makan gaji atau berkerja dengan majikan bererti mendapat gaji di hujung bulan.  Pendapatan untuk menyara keluarga tidak mencukupi kerana kos kehidupan yang meningkat.  Mungkin seseorang itu boleh menambah pendapatan dengan melakukan kerja lebih masa atau over time.  Bekerja part time pada waktu malam juga menjadi pilihan.  Namun itu dikira memeras tenaga tetapi hasilnya masih tidak mencukupi.  

Seperti kebanyakkan buku-buku motivasi, buku ini juga menyajikan pencerahan terhadap orang-orang yang mengalami situasi yang tidak begitu mewah dan lumayan pendapatan yang mereka perolehi.  Bagaimana mahu mencari penawar jika penyakitnya tidak dikenal pasti terlebih dahulu.  Malah punca sebenar penyakit itu lebih elok untuk diberi penekanan untuk dihapuskan agar ia tidak merebak bagai barah di dalam hati sanubari penghidapnya.  Melihat dari tajuknya kita dapat menelah bahawa ini adalah jajaran nasihat kepada mereka yang mempunyai kerjaya, berkerja dengan majikan atau lebih tepat bekerja dengan orang lain.

Pengarang mengajak pembaca untuk bangkit dan mengatur langkah dalam mencari rezeki lumayan seperti yang disarankan oleh agama Islam iatu berniaga.  Terdapat 10 sebab mengapa perlu menceburkan diri dalam perniagaan.  Antaranya ialah living cost yang tinggi, menyukai barangan branded atau berjenama,, pendidikan dan masa depan anak, persediaan untuk kemungkinan suami sakit atau meninggal, sampai bila makan gaji ,tidak mempunyai saving atau simpanan, masa bersama keluarga, mengubah masa depan generasi, glamour atau kemasyhuran.

Pengarang turut memberi pencerahan bagaimana menentukan perniagaan terbaik untuk anda.  Factor penting yang mendorong anda menjadi usahawan antaranya ialah mencari pendapatan untuk menyara hidup, mencontohi sunnah Nabi, menjadikan kekayaan satu keperluan, menjadi terkenal dan dihormati, bertanggungjawab untuk melahirkan usahawan baru, menyumbang kepada pendapatan Negara, mencipta lebih banyak peluang pekerjaan, manipulasi teknologi semasa, mengurang kadar kemiskinan, menguasai ekonomi dan memecah monopoli serta menaiktaraf kualiti kehidupan.

Oleh itu sekiranya anda berminat untuk menceburi bidang keusahawanan buku ini boleh memberi seba sedikit panduan kearah menjadi usahawan yang berjaya.

Buku:  Ulasan Buku PD Jambu Rias Bil 9/2020

Pengarang:  MEJAR [B] MOHAMMAD QAYYUM A. BADARUDDIN

Tahun Terbit:  CETAKAN PERTAMA MEI 2016

Rating: 6/10

Disediakan oleh:  Juriah bt Mohamed

[shopee]

Buku APA KATA ISLAM MENGENAI HUBUNGAN SOSIAL / ZULKIFLY MUDA / PTISLAMIKA PTS PUBLICATION / 2009

PD JAMBU RIAS BENTONG – BIL8/2020. Buku Ulasan Buku PD Jambu Rias Bil 8/2020. APA KATA ISLAM MENGENAI HUBUNGAN SOSIAL / ZULKIFLY MUDA / PTISLAMIKA PTS PUBLICATION / 2009

NOMBOR PANGGILAN:  297.44. ISBN:  9789675137044. BAHASA:  MALAYSIA. KATEGORI:  AGAMA

Islam adalah agama syumul yang memberikan garis panduan yang lengkap untuk penganutnya melayari kehidupan.  Ini termasuklah garis panduan dalam hubungan sosial.  Hubungan sosial yang dimaksudkan di sini ialah hubungan antara manusia dan manusia lain dan kemanusiaan.

Hubungan sosial ini adalah bertujuan menlidungi diri, mengangkat martabat dan memuliakan, tidak mengundang aib, menjaga hubungan sesama insan,dan menjaga fikrah manusia itu sendiri.  Penulis turut menitipkan dalil-dalil syarak yang berkaitan serta menghuraikan latar belakang dalil tersebut.

Sebermula dengan proses kelahiran manusia itu sendiri hinggalah mencapai usia dewasa dan memikul tanggungjawab dakwah terhadap diri, keluarga dan komuniti di sekitarnya.  Setelah kelahiran seorang bayi ke dunia diriringi lafaz azan di telinga kanak-kanak tersebut yang mempunyai tujuan antara lain supaya perkataan ALLAH adalah menjadi perkataan yang pertama dan terakhir dilafazkan terhadapnya.  Ini juga bertujuan agar syaitan menjauhi dan tidak mendekati kanak-kanak tersebut sentiasa dalam perlindungan ALLAH.

Islam turut menitik beratkan hak-hak umatnya tanpa mengira rakyat marhain atau pemimpin.  Semuanya mempunyai hak yang dilinduingi dan telah dijelaskan sebagai panduan agar tiada pihak yang merasa dirinya teraniaya. Buku ini turut memberi solusi bagaimana bentuk perdamaian dengan orang bukan islam.  Hak-hak orang bukan islam berdamai dengan orang islam. Hak dan kebebasan berpolitik, hak dan persamaan dalam undang-undang, hak dan kebebasan social, hak dan kebebasan ekonomi, hak dan kebebasan belajar, hak dan kebebasan berfikir, hak dan kebebasan tinggal dan bergerak, hak dan kebebasan peribadi, hak keselamatan.

Pengarang :  ZULKIFLY MUDA

Penerbit :  PTISLAMIKA /PTS PUBLICATION  SDN BHD

Tahun Terbit :  2009. Mukasurat :  227

Disediakan oleh :  Juriah bt Mohamed

Buku Berjuang Menuntut Merdeka / Fitri Azrin Ghazali / Pustaka Fitri / 2011

Buku Berjuang Menuntut Merdeka / Fitri Azrin Ghazali / Pustaka Fitri / 2011

ISBN: 978-967-0223-04-9. Kategori: 959.5

Ringkasan/ Ulasan: Kemerdekaan yang dikecapi pada masa ini bukanlah sesuatu yang mudah tanpa keringat tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan pada masa lalu. Pembacaan buku ini akan memberi ilmu pengetahuan kepada pembaca bagaimana negara kita telah mencapai kemerdekaan daripada pihak penjajah Inggeris. 

Detik kemerdekaan bermula apabila Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan berunding kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 18 Januari hingga 6 Februari 1956 di London. Pihak British bersetuju memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu melalui Perjanjian Merdeka dengan menetapkan tanggal 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan dengan syarat wujudnya kerjasama antara kaum. 

Sebelum kemerdekaan tercapai pelbagai rintangan perlu diatasi seperti penjajah pihak Jepun,penentangan penubuhan Malayan Union dan Darurat akibat pemberontakan Parti Komunis Malaya. 

Selepas kemerdekaan pelbagai usaha dilakukan bagi meletakkan asas kukuh kepada rakyat yang berbilang kaum seperti pendidikan dan ekonomi. 

Buku ‘Berjuang Menuntut Merdeka’ merupakan sebuah buku berunsur fakta berkaitan sejarah yang amat sesuai dibaca oleh semua golongan bagi menanamkan semangat cintakan tanah air serta menyemai perpaduan dalam kalangan rakyat.

Judul: Berjuang Menuntuk Merdeka

Pengarang: Fitri Azrin Ghazali

Penerbit: Pustaka Fitri

Tahun Terbit: 2011 . Harga: RM 24.40. Muka surat: 44

Ulasan oleh: Lizune a/l Met, Pembantu Pustakawan PAD Temerloh

Buku Keep What You Love / Irene Smit & Astrid van der Hulst / Workman / 2020

ISBN: 978-1-5235-0943-0. No. Pengkelasan: 158.1. Kategori: Psikologi

Ringkasan/ Ulasan: Warna dan saiz buku ini menarik minat saya untuk membacanya. Penulis menghasilkan buku yang cantik dengan susunan ayat yang mudah difahami dan ilustrasi yang menarik. Saya hanya mengambil masa 30 minit untuk menghabiskan pembacaan. Penulis memberikan kita cadangan bagi membuat keputusan mengendalikan benda/barang yang kita sayang yang ada di dalam simpanan kita selama ini. Setiap benda/barang yang kita simpan mungkin mempunyai nilai tersendiri tetapi jika ia menjadi lambakan yang tidak mampu diuruskan ia memerlukan tindakan untuk di strukturkan semula. Penulis memberikan pelbagai ‘tip’ yang kita boleh ikuti dan akan memberikan kesan yang positif kepada kita. People cannot change their habits without first changing their way of thinking-Marie Kondo

Judul: Keep What You Love: A Visual Decluttering Guide

Pengarang: Irene Smit & Astrid van der Hulst

Penerbit: Workman

Tahun Terbit: 2020

Harga: RM46.95

Muka surat: 235

Ulasan Oleh : Puan Zulaiha Ahmad, PAD Temerloh

[scribdbook] [workman] [milliebotreads] 

AJK Penasihat PD Damak 2020

[sedang dikemaskini]

1. Khairul Akhma Bin Yusof

Penghulu Mukim Hulu Cheka

2. Yahya Bin Hasan

Pengerusi Mpkk

3. Mohd Aziri Bin Mohamad

Pegawai Teknologi Pendidikan 

4. Hazri Bin Hazmi

S/U Mpkk Kg Koi

5. Rosly Bin Abu Kassim

Pengerusi Mpkk

6. Mohamed Bin Said

Pengerusi Mpkk

7. Nazri Bin Che Husin

Pengerusi Mpkk

8. Rafiz Azwan Bin Ahmad

Pengerusi Mpkk

AJK Penasihat PAC Jengka 2020

[sedang dikemaskini]

1. Dato’ Wan Salman Bin wan Ismail

Bekas ADUN Jengka

2. Tuan Roswakhuzairi bin Ab. Wahab

Penghulu Mukim Jengka

3. Nasharuddin bin Mat Nasir

Pengerusi Majlis Belia Felda Wilayah Jengka

4. Jalaluddin Haji Long

Pengerusi PAWE Jengka

AJK Penasihat PD Peramu Jaya 2020

[sedang dikemaskini]

1. Rohaizad B. Abdul Aziz

Penghulu Mukim Pahang Tua

2. Md Khairuddin B. Mohamed

Pengerusi JKKK Tanah Putih

3. Ustaz Nazli B. Mahmud

Pengetua Sek. Men. Dato’ Mahmud Mat

4. Nur Fahana Bt. Abu Bakar

Guru Besar Sek Ren Tanah Putih

5. Haji Mustafa Kamal B. Abd. Latif

Pengerusi JKKK Peramu Jaya 3

6. Mohd Sabri B. Ishak

Pengerusi JKKK Kampung  Langgar

7. Maria Bt. Raja Zainuddin

Pengurus Pusat Internet Peramu Jaya 3

8. Nor Aini Bt Yaakub

S.U JKKK Kg. Tanah Putih

9. Pauziah Bt. Abd Hadi

Biro Pendidikan JKKK Kg. Tanah Putih

10. Ahmad Halimee  B. Sulaiman

Biro Agama JKKK Kg. Tanah Putih

AJK Penasihat PAD Pekan 2020

 [sedang dikemaskini]

1. Dato’ Sri Haji Sh. Mohmed Puzi bin Sh Ali. ADUN Peramu Jaya

2. Dato’ Zaliza bin Zulkipli. Pegawai  Daerah Pekan

3. Dato' Rose Shamsul bin Abdul Raza. Yang Dipertua Majlis Daerah Pekan

4. Dato’ Syed Ahmad Fuad bin Syed Taha. Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang

5. Muhammad Hafidz bin Abdul Halim. Pegawai MUIP Cawangan Pekan

6. Haji Yusuf b. Mohd Idrus. Pengerusi Persatuan JKKK Dun Peramu Jaya

7. Haji Mohd Nazri bin  Abd Kadir. Pengerusi Persatuan Pesara Daerah Pekan

8. Rohaizad bin Abdul Aziz. Penghulu Mukim Pahang Tua

9. Muhamad Yusuf bin Haji Hamzah. Penghulu Mukim Lepar

AJK Penasihat PD Paloh Hinai 2020

[sedang dikemaskini]

1. Muhamad Yusuf Bin Haji Hamzah

Penghulu Mukin Lepar


2. Norlida Binti Mokhtar

Guru Besar SK Paloh Hinai


3. Abdul Aziz Bin Kamaruddin

Pengetua SMK Paloh Hinai


4. Shamshuha Bt Salleh

Guru Tabika KEMAS Paloh Hinai


5. Nor Habibah Binti Muhammad

Guru Pusat Sumber SK Paloh Hinai


6. Norlaili Binti Abdul Manan

Guru Pusat Sumber SMK Paloh Hinai


7. Sakini Binti Md. Shariff

Pusat Sumber KEMAS Lepar


Thursday, September 17, 2020

AJK Penasihat PD Pulau Tawar 2020

[sedang dikemaskini]

1. Encik Amir Hamzah Bin Othman. Penghulu Mukim Pulau Tawar

2. Encik Amran Bin Majid. Ketua Kampung Perian

3. Encik Sharuddin Bin Idris. Ketua Kampung Bukit Rang

4. Encik Anuar Bin Yudin. Guru Besar SK Pulau Tawar

5. Puan Roshidah Binti Abd. Aziz. Pemaju Pusat Sumber Kemas Bukit Rang

6. Norhayati Binti Abdul Zahid. SMK Pulau Tawar

AJK Perpustakaan Desa Lepar Hilir 1 2020

[sedang dikemaskini]
1. Encik Noor Jamaan bin Abd. Rahman
Penghulu Mukim Ulu Lepar

2. Encik Zaid Safuan bin Md. Hanafiah
Pemangku Pengurus

3. Puan Anita bt Othman
Guru Besar

4. Puan Hajah Siti Aminah
Guru
5. Tuan Haji Sarijan bin Ali
Ketua Peneroka

6. Cik Rosmaria bt Awang
Pengurus

7. Puan Anne bt Abu Hader
Guru Tabika Kemas

8. Puan Hasmita bt Kamaruddin
Guru Tabika Kemas

9. Puan Junainah bt Adam
Penyelia PDK

10. Puan Norizan bt Abdul Kadir
Ketua GPW

11. Ustaz Zaidi bin Zakaria
Mudir

12. Encik Kamaruzaman bin Abdul Ghani
Peneroka

Buku Pembahagian Harta Pusaka Dan Kepentingan Wasiat / Ustaz Ghazali Ibrahim / Must Read / 2015

ULASAN BUKU OGOS 2020. Buku Pembahagian Harta Pusaka Dan Kepentingan Wasiat / Ustaz Ghazali Ibrahim / Must Read / 2015

ISBN: 978-967-0716-744-2. Kategori: Agama

Ringkasan : Ustaz Ghazali Ibrahim telah berkecimpung dalam bidang faraid dan pusaka selama lebih 7 tahun. Beliau telah melatih lebih 600 orang Perunding Pusaka dan menyiapkan lebih 1500 Surat Wasiat Pentadbiran Pusaka.

"Pelajarilah ilmu faraid dan ajarkannya kepada orang lain. Kerana sesungguhnya ia adalah sebahagian daripada ilmu yang banyak. Tetapi malangnya, ia adalah ilmu yang dilupakan dan ia adalah ilmu yang mula-mula akan dicabut daripada umatku!"(Riwayat al-Hakim dan Baihaqi)

Ilmu Faraid adalah kunci untuk kita mengurus, membahagi, dan merancang harta.Namun ramai umat islam hari ini mengabaikan ilmu tersebut. Banyak Kes pembahagian hatra pusaka yang masih tidak selesai walaupun pemiliknya telah lama meninggal dunia.(Riwayat al-Hakim dan Baihaqi)

Adakah kita benar-benar tahu dan mahir tentang ilmu faraid?

Bahkan jika kita bertanya soalan berkenaan faraid dan harta pusaka kepada mereka yang bergelar imam atau ustaz sekalipun, jawapan yang mungkin diberikan ialah, “Nanti saya rujuk kitab dahulu.” atau, “Saya rasa pejabat pusaka lagi mahir dalam hal ini. 

Miliki ilmu yang tertinggal untuk kita mengetahui hak setiap waris yang ditinggalkan. Jangan sampai kita terambil hak yang bukan kita punya. Merbahaya! Selesaikan hutang piutang si mati terlebih dahulu. Moga kita terhindar daripada fitnah harta serta selamat dunia dan akhirat.

Semoga bermanafaat.

Pengarang: Ustaz Ghazali Ibrahim

Penerbit: Must Read Sdn. Bhd

TahunTerbit: 2015. Harga: RM 30.00. Mukasurat: 348

Disediakan Oleh: Isham bin Hamzah, Pembantu Pustakawan, PD Peramu Jaya 

Buku BRITISH MALAYA / Frank Swettenham / Geroda Merah / Press / 2018

ISBN: 9789671377796. Kategori: 959.5

Ringkasan/ Ulasan: BRITISH MALAYA. Idea utama adalah untuk membentang semua maklumat penting secara tepat yang membawa kepada campur tangan Britsh ke atas urusan dalaman negeri-negeri melayu bersekutu dan mencatat dengan tepat langkah-langkah yang menyebabkan mereka menjadi wilayah tangugan kota British. 

Keunikan ciri eksperimen dan kejayaanyang dilaluinya sudah cukup menjadi sebab untukmemperincikan usaha-usaha yang telah mengangkat Melayu ke satu tahap yang selesa dan kebahagiaan yang tidak pernah dikecapi di dalam sejarah mereka dan ini telah menguniakan faedah yang sama kepada kaum Cina, India dan British sambil membuka peluang perniagaan baru dan beharga buat pengilang British. 

Banyak lagi kisah yang menarik tentang sejarah buku ini , jangan lepaskan peluang untuk membaca sejarah negara kita supaya akan rasa cinta tentang tanah air.

Judul: BRITISH MALAYA

Pengarang: Frank Swettenham 

Penerbit: Geroda Merah Press

Tahun Terbit: 2018, Harga: RM 60.00 , Muka surat: 429

Disediakan oleh : Muhammad Shahril, Pembantu Pustakawan

Buku Hadis 40 Imam An-Nawawi / Penyusun Mohd Aiman Az Zuhairi / Pustaka Al Ehsan / 2019

Ulasan Buku Ogos 2020. Buku Hadis 40 Imam An-Nawawi / Penyusun Mohd Aiman Az Zuhairi / Pustaka Al Ehsan / 2019

Call No. : 297.124 ISBN : 978-967-0482-200. Bahasa :Bahasa Melayu. Kategori : Agama Islam

Penerbit : Pustaka Al-Ehsan

Tahun Terbit :2019. Harga :Rm13.00. Muka Surat :228

ULASAN: Buku ini menghuraikan secara ringkas 42 hadis koleksi Imam An-Nawawi yang dikenali di dunia Islam sebagai Hadith Arba’in Nawawiyyah. Istimewanya hadis-hadis ini merangkumi pokok-pokok ajaran Islam yang telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW.Hadis 

1: Setiap amalan bergantung pada niat, 

Hadis 2:Islam, Iman dan Ihsan, 

Hadis 3:Rukun Islam dan dasar-dasarnya yang agung, 

Hadis 4:Tahap penciptaan manusia dan amalan terakhirnya, 

Hadis 5:Melenyapkan kemungkaran dan melenyapkan bidaah dan seterusnya hingga hadis ke 42. 

Sebagai seorang muslim, wajib untuk memahami dan mengamalkan pokok-pokok ajaran Islam tersebut. Disinilah letaknya betapa pentingnya buku ini bagi sesiapa yang mengaku muslim.

Diulas Oleh: Amizan Bin Ramli

[goodreads]

Buku Kahwin Bukan Suko-Suko Jo, Jang / Shamsul Debat

ULASAN BUKU JULAI. Buku Kahwin Bukan Suko-Suko Jo, Jang / Shamsul Debat

TAJUK BUKU : KAHWIN BUKAN SUKO-SUKO JO, JANG

PENGARANG : SHAMSUL DEBAT

ISBN: 987-967-0886-60-2. KATEGORI : AGAMA. MUKA SURAT : 136

Ringkasan/ Ulasan: Buku ini memaparkan impian sebuah keluarga yang tenang dan bahagia.


Dikurnikan pasangan yang ideal, serta anak-anak yang soleh dan solehah, yang bukan sahaja menjadi peneman setia di dunia, malah menjadi pendamping paling rapat di syurga firdaus kelak.


Dalam melangsungkan pernikahan dan melayari bahtera rumahtangga, kita memerlukan ilmu pengetahuian sedari awal memilih pasangan, bertunang, melangsungkan pernikahan, hubungan suami isteri, tanggungjawab sebagai ibu bapa dan seterusnya bersama-sama keluarga kita memimpin tangan menuju ke syurga Firdaus Allah SWT.





DISEDIAKAN OLEH

ZAIWADI BIN AWANG

PEMBANTU PUSTAKAWAN

PAD ROMPIN

Buku: You Can Call Me Monster ! / Aein Dhiyauddin / KarmaDya Publishing / 2019

BAGI BULAN JULAI 2020. Buku: You Can Call Me Monster ! / Aein Dhiyauddin /  KarmaDya Publishing / 2019

Buku: You Can Call Me Monster !

Pengarang: Aein Dhiyauddin

Penerbit : KarmaDya Publishing Sdn Bhd

Tahun terbit : 2019. Harga : RM26.00. Muka surat : 525. No.ISBN : 9789674062880

ULASAN: Berkisarkan tentang seorang gadis bernama Najla Atikah yang menghadapi kemelut rumahtangga. Dia telah mengahwini seorang duda yang bernama Nur Hasnul Hisham yang kematian isteri. 

Dia mempunyai deria keenam iaitu boleh melihat bayangan ghaib dan ini telah mendorongnya menolong duda tersebut. Di saat bahagianya, telah hadir seorang wanita iaitu bekas adik ipar suaminya telah mengakui bahawa dia perlu berkahwin dengan bekas abang iparnya atas wasiat kakaknya. 

Walau bagaimanapun, usaha itu gagal tetapi menyebabkan kandungannya gugur. Suaminya telah menyelesaikan masalah ini dan mereka telah kembali bersatu semula.

Diulas oleh :Nor Afidah Anom bt Yunus. Perpustakaan Desa Balok.

Disemak oleh :Ahmad Aziddin B Ahmad. Ketua Unit Rangakaian Perpustakaan

[belidiskaun] [aeindhiyauddin] [shopee sold out]

Buku Sultan-Sultan Soleh Di Nusantara / Hasanuddin Yusof

BAGI BULAN JUN 2020. Buku Sultan-Sultan Soleh Di Nusantara / Hasanuddin Yusof

Nama Buku: Sultan – Sultan Soleh Di Nusantara

Mukasurat: 353 mukasurat

Penulis : Hasanuddin Yusof

Harga: RM 24.00

No Pengelasan : D 922.97 HAS

Masyarakat Islam di dunia lain begitu berbangga dengan sejarah pemimpin-pemimpin mereka yang soleh. Jika ditanya pada orang-orang Syiria tentang Sultan Nuruddin Al Zanki , pasti mereka akan mengenalinya dan mengetahui sejarah tentangnya. 

Begitu juga sejarah Sultan Salahuddin Al Ayyubi bagi orang Mesir, Sultan Muhammad  Al Fateh bagi orang Turki, Maharaja Aurangzeb bagi orang India dan Sultan (Mansa) Musa bagi orang Mali. Masyarakat Islam di dunia yang lain amat memelihara sejarah sultan-sultan mereka yang soleh. 

Namun, perkara sedemikian tidak berlaku dalam masyarakat Melayu Islam Di Malaysia khususnya. Ramai di kalangan orang-orang Melayu tidak mengetahui bahawa telah lahir ramai sultan yang soleh di wilayah-wilayah Nusantara ini. Malah nama-nama mereka juga tidak pernah didengar oleh kita.

Karya ini merungkai sejarah tentang 24 orang sultan soleh yang pernah berkuasa memerintah kerajaan-kerajaan Islam  di Nusantara. Mereka telah menyumbangkan jasa yang tidak ternilai pada masyarakat Nusantara. Sebahagian daripada mereka menjadi pemangkin bagi penyebaran dakwah Islam . Sebahagian daripada mereka yang lain pula menjadi tonggak kekuatan dalam menangkis usaha jahat penjajah barat. 

Atas jasa-jasa mereka yang amat bernilai ini akidah masyarakat Islam di Nusantara dapat dijaga sehingga ke hari ini walaupun wilayah Nusantara ini terjajah lebih 500 tahun.  

Diulas oleh :

Siti Nooor Hasmah Bt Tahir

Pembantu Pustakawan

Perpustakaan Desa Sungai Lembing


Disemak oleh :

Ahmad Aziddin B Ahmad

Ketua Unit Rangakaian Perpustakaan

Buku Up To You / Bonda Nor / Galeri Ilmu / 2018

ISBN: 978-983-097-724-9. No. Pengelasan: 808.882 BON. Kategori:  Motivasi

Ringkasan/ Ulasan

Buku Up To You ini merupakan kisah sebenar yang terjadi dalam kehidupan manusia dan telah diolah dalam bentuk cerpen. 

Buku ini sangat menarik disamping kita membaca kisah-kisah yang dipaparkan dalam setiap tajuk, pengarang juga menitipkan nasihat yang sangat berguna bagi mengatasi masalah tersebut. Kisar berdasarkan pengalaman anak-anak remaja dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan ranjau dan duri, hitam atau putih itu jalan yang dipilih. 

Bagi golongan remaja buku ini sangat sesuai untuk dibaca, nasihat yang penulis berikan amat bermanfaat dijadikan panduan hidup.

Bagi golongan dewasa. Membaca buku ini bagai mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak dan remaja kita, tidak berpuas hati, memberontak salah faham itulah sifat kita diusia itu. 

Maka gunakanlah pengalaman itu bagi membantu serta mengendalikan mereka supaya dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Judul: Up To You / Pengarang:  Bonda Nor / Penerbit: Galeri Ilmu Sendirian Berhad / Tahun Terbit:  2018 / Harga: RM20.00 / Muka surat: 193

Ulasan oleh:  Juwahi Binti Md Amin, Perpustakaan Desa Siber  Sanggang

Buku UP To You / Bonda Nor / Galeri Ilmu / 2018

ISBN: 978-983-097-724-9. No. Pengelasan: 808.882 BON. Kategori:  Masyarakat

Ringkasan: Antologi UP TO YOU adalah himpunan tulisan 20 orang penulis lama dan baharu. Ia ditulis dalam bentuk cerpen dengan mengadaptasi kisah-kisah benar yang berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja.

Bila membaca buku ini banyak sangat yang boleh kita jadikan pengajaran .

Istimewa untuk orang dewasa, membacanya bagai mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak dan remaja sendiri. Kita pernah alami di titik kehidupan yang sama, memberontak dan salah faham.  

Dengan pengalaman tersebut ianya boleh dijadikan alat untuk mengendalikan kanak-kanak dan remaja dengan sebaik-baiknya.

Judul: UP To You / Pengarang:  Bonda Nor / Penerbit: Galeri Ilmu Sdn Bhd

Tahun Terbit:  2018 / Harga: RM20.00 / Muka surat: 193

Ulasan oleh:  Norzini binti Majid PD Jenderak Loop