Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, September 22, 2020

BUKU SAMPAI BILA MAKAN GAJI? / MEJAR [B] MOHAMMAD QAYYUM A. BADARUDDIN / 2016

PD JAMBU RIAS BENTONG – BIL 9/2020. BUKU SAMPAI BILA MAKAN GAJI? / MEJAR [B] MOHAMMAD QAYYUM A. BADARUDDIN / 2016

NOMBOR PANGGILAN:  153.8. ISBN:  9789675994524. BAHASA:  MALAYSIA. KATEGORI:  FALSAFAH DAN PSIKOLOGI

ULASAN: Pekerjaan makan gaji atau berkerja dengan majikan bererti mendapat gaji di hujung bulan.  Pendapatan untuk menyara keluarga tidak mencukupi kerana kos kehidupan yang meningkat.  Mungkin seseorang itu boleh menambah pendapatan dengan melakukan kerja lebih masa atau over time.  Bekerja part time pada waktu malam juga menjadi pilihan.  Namun itu dikira memeras tenaga tetapi hasilnya masih tidak mencukupi.  

Seperti kebanyakkan buku-buku motivasi, buku ini juga menyajikan pencerahan terhadap orang-orang yang mengalami situasi yang tidak begitu mewah dan lumayan pendapatan yang mereka perolehi.  Bagaimana mahu mencari penawar jika penyakitnya tidak dikenal pasti terlebih dahulu.  Malah punca sebenar penyakit itu lebih elok untuk diberi penekanan untuk dihapuskan agar ia tidak merebak bagai barah di dalam hati sanubari penghidapnya.  Melihat dari tajuknya kita dapat menelah bahawa ini adalah jajaran nasihat kepada mereka yang mempunyai kerjaya, berkerja dengan majikan atau lebih tepat bekerja dengan orang lain.

Pengarang mengajak pembaca untuk bangkit dan mengatur langkah dalam mencari rezeki lumayan seperti yang disarankan oleh agama Islam iatu berniaga.  Terdapat 10 sebab mengapa perlu menceburkan diri dalam perniagaan.  Antaranya ialah living cost yang tinggi, menyukai barangan branded atau berjenama,, pendidikan dan masa depan anak, persediaan untuk kemungkinan suami sakit atau meninggal, sampai bila makan gaji ,tidak mempunyai saving atau simpanan, masa bersama keluarga, mengubah masa depan generasi, glamour atau kemasyhuran.

Pengarang turut memberi pencerahan bagaimana menentukan perniagaan terbaik untuk anda.  Factor penting yang mendorong anda menjadi usahawan antaranya ialah mencari pendapatan untuk menyara hidup, mencontohi sunnah Nabi, menjadikan kekayaan satu keperluan, menjadi terkenal dan dihormati, bertanggungjawab untuk melahirkan usahawan baru, menyumbang kepada pendapatan Negara, mencipta lebih banyak peluang pekerjaan, manipulasi teknologi semasa, mengurang kadar kemiskinan, menguasai ekonomi dan memecah monopoli serta menaiktaraf kualiti kehidupan.

Oleh itu sekiranya anda berminat untuk menceburi bidang keusahawanan buku ini boleh memberi seba sedikit panduan kearah menjadi usahawan yang berjaya.

Buku:  Ulasan Buku PD Jambu Rias Bil 9/2020

Pengarang:  MEJAR [B] MOHAMMAD QAYYUM A. BADARUDDIN

Tahun Terbit:  CETAKAN PERTAMA MEI 2016

Rating: 6/10

Disediakan oleh:  Juriah bt Mohamed

[shopee]

No comments: