Ulasan Buku, Ulasan Buku 2020, Ulasan Buku 2020 Alam Sekitar, Ulasan Buku 2020 Juriah Mohamed, Ulasan Buku PAD Bentong 2020,
PD JAMBU RIAS BENTONG – BIL 10/2020. BUKU ISU-ISU ALAM SEKITAR DEKAD 90AN / KHOR KOK PENG
NOMBOR PANGGILAN: 363.7. ISBN: 983-104-013-9. BAHASA: MALAYSIAKATEGORI: SAINS KEMASYARAKATAN
ULASAN: Buku ini membincangkan secara terperinci mengenai setiap kes pencemaran yang terjadi, ia dapat memberi pencerahan yang diharapkan. Sedikit sebanyak ia menyentuh peranan manusia dalam mengembalikan kelastarian alam. Pertembungan silang Antara pembangunan dan kemusnahan serta pencemaran alam sekitar dapat diatasi dengan teknologi dari Negara-negara maju. Namun terdapat halangan-halangan yang ketat di bawah peruntukan Hak Harta Intelektual (IPR) dalam Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan (GATT).
Pengarang memaparkan lima belas artikel untuk pembaca. Berikut Antara tajuk tersebut ialah
1.Krisis ekologi terus berlarutan
2.Perdebatan isu perubahan cuaca. Amerika Syarikat berdolak-dalik
3.Negara-negara maju haling pemindahan teknologi ke Selatan
4.Krisis air dunia semakin meruncing
5.Perlombongan burukkan lagi masalah alam sekitar dan social
6.Negara Asia Selatan kerugian US$10 bilion setahun
7.Jerebu landa Negara
8.Kaedah pertanian perlu disemak
9.Beralih kepada pertanian organic
10.Kuman kebal kepad ubatan
11.Kebimbangan terhadap gen ganjil
12.Kemunculan penyakit baru membimbangkan
13.Kepahitan di sebalik paten ubatan
14.Keriuhan isu paten haiwan
15.Klon biri-biri cetuskan debat etika.
Isu-isu yang diketengahkan masih relevan dengan keadaan semasa. Bagi pelajar buku ini sesuai sebagai bahan rujukan. Adalah diharapkan agar selepas membaca buku ini kesedaran terhadap pentingnya menjaga alam sekitar untuk meningkatkan kualiti kehidupan. Buku ini memberi isyarat betapa bahaya jika kemusnahan ekologi yang disebabkan oleh manusia, kemusnahan itu akan kembali melanda kehidupan manusia bagai ombak tsunami. Bersabatlah dengan alam kerana kita adalah sebahagian dari isi alam itu sendiri. Dalam menyediakan pembangunan untuk meningkatkan kualiti kehidupan isu alam sekitar haruslah diutamakan.
Pengarang: KHOR KOK PENG
Penerbit: PERSATUAN PENGGUNA PULAU PINANG
Tahun Terbit:
Mukasurat: 141
Rating: 9/10
Disediakan oleh: Juriah bt Mohamed
No comments:
Post a Comment