Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, September 17, 2020

Buku Sultan-Sultan Soleh Di Nusantara / Hasanuddin Yusof

BAGI BULAN JUN 2020. Buku Sultan-Sultan Soleh Di Nusantara / Hasanuddin Yusof

Nama Buku: Sultan – Sultan Soleh Di Nusantara

Mukasurat: 353 mukasurat

Penulis : Hasanuddin Yusof

Harga: RM 24.00

No Pengelasan : D 922.97 HAS

Masyarakat Islam di dunia lain begitu berbangga dengan sejarah pemimpin-pemimpin mereka yang soleh. Jika ditanya pada orang-orang Syiria tentang Sultan Nuruddin Al Zanki , pasti mereka akan mengenalinya dan mengetahui sejarah tentangnya. 

Begitu juga sejarah Sultan Salahuddin Al Ayyubi bagi orang Mesir, Sultan Muhammad  Al Fateh bagi orang Turki, Maharaja Aurangzeb bagi orang India dan Sultan (Mansa) Musa bagi orang Mali. Masyarakat Islam di dunia yang lain amat memelihara sejarah sultan-sultan mereka yang soleh. 

Namun, perkara sedemikian tidak berlaku dalam masyarakat Melayu Islam Di Malaysia khususnya. Ramai di kalangan orang-orang Melayu tidak mengetahui bahawa telah lahir ramai sultan yang soleh di wilayah-wilayah Nusantara ini. Malah nama-nama mereka juga tidak pernah didengar oleh kita.

Karya ini merungkai sejarah tentang 24 orang sultan soleh yang pernah berkuasa memerintah kerajaan-kerajaan Islam  di Nusantara. Mereka telah menyumbangkan jasa yang tidak ternilai pada masyarakat Nusantara. Sebahagian daripada mereka menjadi pemangkin bagi penyebaran dakwah Islam . Sebahagian daripada mereka yang lain pula menjadi tonggak kekuatan dalam menangkis usaha jahat penjajah barat. 

Atas jasa-jasa mereka yang amat bernilai ini akidah masyarakat Islam di Nusantara dapat dijaga sehingga ke hari ini walaupun wilayah Nusantara ini terjajah lebih 500 tahun.  

Diulas oleh :

Siti Nooor Hasmah Bt Tahir

Pembantu Pustakawan

Perpustakaan Desa Sungai Lembing


Disemak oleh :

Ahmad Aziddin B Ahmad

Ketua Unit Rangakaian Perpustakaan

No comments: