Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, November 7, 2019

KITAB LENGKAP PENDUAN SOLAT /Ustaz Daniel Zakaria

TAJUK : KITAB LENGKAP PENDUAN SOLAT
Penulis     : Ustaz Daniel Zakaria
Kategori    : 297.3822 DAN
ISBN         : 978-967-439-331-1
Halaman    : 296 m.s
Harga        : RM 24.90


Buku ini menjadi panduan asas kepada kita untuk memahami ibadah solat yang menjadi tiang agama dan  dilengkapi dengan ilustrasi yang mudah difahami dan keterangan serta hukum-hukum sebelum dan selepas melakukan solat.

Buku ini  juga mengandungi bab solat fardhu, solat sunat, doa-doa dan zikir yang boleh kita amalkan setiap hari.

Amalan wirid dan doa selepas solat berserta terjemahannya yang mudah bagi kita menghafalnya dan amalkan supaya dapat membacanya setiap kali selepas solat.

Buku ini bukan sahaja untuk kanak-kanak tapi bagi kita orang dewasa boleh membacanya dengan mudah kerana buku ini ringkas dan padat.

Mudah-mudahan buku ini dapat mempermudahkan khususnya kanak-kanak memahami kepentingan ibadah solat serta cara dengan betul dan sempurna.

Setiap daripada kita wajib mendapatkan sebuah buku ini untuk kegunaan seluruh keluarga. Ajarlah anak-anak  daripada kecil lagi tentang ibadah solat ini supaya besar nanti menjadi anak yang soleh dan solehah.

Disediakan oleh:
ARMAH BINTI ABAS
Pembantu Perpustakaan
Desa Kemasul.

No comments: