Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, November 7, 2019

RABBI, aku ingin mengenal-MU lebih dekat /Muh. Ramli

PD JAMBU RIAS BENTONG – BIL 10/2019
RABBI, aku ingin mengenal-MU lebih dekat /Muh. Ramli

TAJUK BUKU    :  RABBI, aku ingin mengenal-MU lebih dekat.
PENGARANG    :  Muh. Ramli
NOMBOR PEROLEHAN:  EJAM002199
NOMBOR PANGGILAN:  297.57
ISBN        :  -
BAHASA        :  MALAYSIA
KATEGORI    :  AGAMA
ULASAN        :

Berhijrah bermaksud berpindah kepada sesuatu yang lebih baik.  Dalam menjalani kehidupan terkadang manusia boleh tersisih dari jalan yang lurus.  Namun Allah Maha pengampun lagi maha penyayang.  Manusia diberi peluang untuk kembali ke jalan yang benar dan InsyALLAH syurga menantimu.  Instrument penting untuk berhijrah ialah istiqomah.  Selagi kita masih bernafas, melihat, mendengar, bersuara dan melangkah maka janganlah berputus asa atas nikmat yang ALLAH kurniakan.

Beberapa factor yang menyokong penhijrahan sebermula dari kita memasang niat untuk berhijrah. Perbaiki niat dan keikhlasan dalam berhijrah.  “Kerana amal itu bergantung pada niatnya dan seseorang hanya mendapat perkara yang sesuai dengan niatnya.  Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya.  Sesiapa yang berhijrah kerana dunia ataupun wanita yang mahu dinikahinya, maka hijrahnya itu sesuai ke arah perkara yang ditujuinya itu” 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Komitment atau iltizam yang tinggi untuk berubah.  Perlu diiringi dengan komitmen yang mampu membuatkan kita bermotivasi, terdorong dan mengambil langkah jelas.  Bukan sekadar disebutkan kemudian terkubur oleh sifat malas.  Ia tidak hanya menjadi pengucapan yang penuh semangat kemudian menjadi sampah harapan.

Faktor lain yang turut menyokong penghijrah ialah lingkungan yang menyokong.  Lingkungan merupakan factor yang paling besar dalam pembentukan peribadi seseorang.  Samada pembentukan jati diri, akhlak dan sifat melekat pada seseorang.

Nama Fail Cover Buku    :  Ulasan Buku PD Jambu Rias Bil 10/2019
Pengarang        :  MUH. Ramli
Tahun Terbit        :  2019
Mukasurat        :  224
Rating            :  7/10

Disediakan oleh    : 
Juriah bt Mohamed
Pembantu Pustakawan
Desa Jambu Rias

1 comment:

lymacsau said...

Great post, thanks for sharing!

Hương Lâm với website Huonglam.vn chuyên cung cấp máy photocopy toshiba cũ và dòng máy máy photocopy ricoh cũ uy tín, giá rẻ nhất TP.HCM