Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, November 27, 2019

Program Buat Kerja Sekolah Di Perpustakaan Program Bantu Pelajar, Ibubapa, Sekolah dan PIBG

Program Buat Kerja Sekolah Di Perpustakaan
Program Bantu Pelajar, Ibubapa, Sekolah dan PIBG
untuk tingkatkan pencapaian akademik dan minat belajar.

 Gambar 1: pelajar Buat Kerja Sekolah Di Perpustakaan Awam Daerah Rompin

Pada tahun 2013 tercetus perbincangan dalam kelompok-kelompok kecil mengenai “pelajar selalu tidak siap kerja sekolah”. Dalam masa yang sama, Puan Pengarah PPAP mendapat maklumat bahawa banyak ibubapa bercerita pasal anak-anak tidak siap kerja sekolah. Pihak PPAP pula sentiasa memerhati keperluan masyarakat yang boleh dibantu melalui peranan perpustakaan. Maka tercetuslah idea ini dan diberikan nama Program Buat Kerja Sekolah Di Perpustakaan.

Gambar 2: pelajar Buat Kerja Sekolah Di Perpustakaan Awam Daerah Bentong

Satu Garis Panduan Program Buat Kerja Sekolah Di Perpustakaan telah disiapkan pada 20.11.2013.

Bermula Januari 2014, Garis Panduan ini telah diedarkan untuk dicuba pakai oleh kakitangan perpustakaan daerah, cawangan dan desa di Negeri Pahang. Dalam tempoh perlaksanaannya dalam tahun 2014 hingga 2016 banyak maklumbalas positif yang diberikan oleh pelajar, ibubapa, sekolah dan PIBG.



 Gambar 3: pelajar Buat Kerja Sekolah Di Perpustakaan Awam Daerah Rompin

Pada tahun 2017 ianya dijadikan sasaran tugas bagi kakitangan perpustakaan daerah, cawangan dan desa. Pengumpulan statistik dimulakan pada tahun 2017 bagi melihat perbandingan data antara lokasi.

Seterusnya pada tahun 2018 telah diadakan “World Library and Information Congress” (IFLA 2018) di Kuala Lumpur yang membawa tema "Transform Libraries, Transform Societies”. Semasa persidangan ini PPAP telah mempamirkan poster Jom Buat Kerja Sekolah Di Perpustakaan.


 Gambar 4: pelajar Buat Kerja Sekolah Di Perpustakaan Awam Daerah Rompin

Pada tahun 2019 pula telah ditingkatkan perlaksanaan Program Jom Buat Kerja Sekolah Di Perpustakaan melalui kerjasama dan nasihat Jawatankuasa Penasihat Perpustakaan di setiap peringkat (daerah, cawangan dan desa negeri).

No comments: