Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, November 27, 2019

Belanjawan Negeri Pahang 2020 meletakkan peranan perpustakaan sebagai Gedung Ilmu.


Strategi kedua kerajaan Negeri Pahang adalah Memperkasakan Perkhidmatan dan Modal Insan. Melalui sektor pendidikan Kerajaan Negeri Pahang meletakkan peranan perpustakaan sebagai Gedung Ilmu.

Kerajaan Negeri Pahang melalui Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) telah memperkenalkan Program Buat Kerja Sekolah di Perpustakaan. Sehingga masa pembentangan tersebut 13, 350 pelajar telah terlibat.

Melalui Program Buat Kerja Sekolah di Perpustakaan, Kerajaan Negeri berjaya menyediakan tempat yang selesa untuk pelajar-pelajar menyiapkan kerja sekolah. Sekolah yang berhampiran dengan perpustakaan awam membolehkan pelajarnya terus ke perpustakaan untuk siapkan kerja sekolah.

Bagi pelajar yang selalu tidak siapkan kerja sekolah, guru-guru kelas boleh arahkan pelajar tersebut hadir ke perpustakaan awam bagi siapkan kerja sekolah. Jika ada ibubapa yang risau anaknya tidak lapangkan masa untuk siapkan kerja sekolah, boleh menghantar anak mereka ke perpustakaan awam untuk Buat Kerja Sekolah Di Perpustakaan.

Kakitangan perpustakaan awam akan membantu pelajar Buat Kerja Sekolah Di Perpustakaan tersebut mendapatkan bahan bagi siapkan kerja sekolah masing-masing. Ada juga tempat yang menyediakan pembimbing atau guru untuk membantu pelajar Buat Kerja Sekolah Di Perpustakaan.

sumber gambar:
Whatapp Group

No comments: