Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, November 7, 2019

UMAT ISLAM TERHINA! KENAPA? /Zainal Jain /2009

JUDUL BUKU: Umat Islam Terhina! Kenapa?
N0.PENGKELASAN    :297  ZAI   
ISBN         :978-967-61 -2186-8-X
PENGARANG    :Zainal Jain
TARIKH / TAHUN     :2009   
EDISI BAHASA     :Bahasa Malaysia
HARGA         :RM 19.00


ULASAN        :

Selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W, umat Islam dilihat terus mengibarkan sayap pemerintahannya.

Bermula dari Zaman Khulafa Ar-Rasyidin hinggalah Zaman Uthmaniah.
Umat Islam menjadi umat yang kuat dan disegani oleh banyak pihak.
Mereka menguasai bidang ketenteraan,
ekonomi bahkan menguasai bidang ilmu selama berabad lamanya.

Namun dek kerana alpa mereka mengalami fasa kejatuhan,
hinggalah kerajaan Islam yang terakhir iaitu
kerajaan Uthmaniah runtuh pada 1924.
Umat Islam dilihat lemah dan terkapai-kapai.
Persoalannya, mengapa umat Islam kini begitu lemah?
Justeru buku ini akan menerangkan sebabnya.

Antara faktor yang menyebabkan umat Islam kini lemah adalah,
melantik pemimpin umat Islam yang bukan ahlinya.

Rasulullah SAW dengan jelas menegaskan
hala tuju sesuatu bangsa itu bergantung kepada dua iaitu
pemimpin dan ulama.

Untuk melahirkan bangsa yang beriman kepada Allah,
pemimpin dan ulama mestilah bertakwa.

Namun, sekiranya pemimpin berakhlak rendah
seperti mengamalkan rasuah,
mencuri harta rakyat,
suka berfoya-foya dan sebagainya,
yang dipimpin akan turut mengikut tabiat pemimpin mereka.

Umat Islam hari ini sedang menghadapi krisis kepimpinan yang serius.
Ramai dalam kalangan pemimpin yang dilantik bukanlah mereka yang layak.
Mereka dipilih dengan memanipulasikan sistem pemilihan yang ada.

Apabila berkuasa, mereka menyalahgunakan kuasa.
Penyokong yang membantunya diberikan habuan dan harta rakyat pula dijadikan hak milik peribadi.

Seterusnya, faktor lain adalah kelesuan ulama.   
Ulama dan pemimpin merupakan dua tonggak penting dalam menentukan hala tuju masyarakat.
Ulamak hendaklah berani mengatakan yang benar,
walaupun terpaksa menanggung risikonya.
Sekiranya ulama hilang kekuatan untuk menegur kesilapan pemimpin,
masyarakat akan rosak.

Pada hari ini,
terdapat sebilangan ulama telah lesu.
Mereka tidak berani membetulkan kesilapan dan takut untuk menyampaikan Islam secara menyeluruh.

Mereka khuatir dihukum disamping mengharapkan habuan dunia.
Inilah salah satu faktor mengapa umat Islam lemah.

Untuk memelihara maruah umat Islam,
ulama mestilah berani dan tegas di atas kebenaran.

Ulama tidak boleh dijadikan barang dagangan oleh pihak tertentu atas kepentingan peribadi.
Sekiranya ini berlaku maka huru-hara umat Islam.

Kesimpulannya,
buku ini amat sesuai dibaca oleh seluruh umat Islam
bagi mewujudkan kesedaran agar mereka mengamalkan cara-cara hidup Islam
dalam apa jua bidang sekalipun agar hidup mereka diberkati Allah SWT.

DISEDIAKAN OLEH:
PN. SAHIDAH BINTI ABDUL GANI

No comments: