No. Perolehan: EPEL 002252
Call No: 297.57 (SYA)
ISBN: 9789672038788
Bahasa: Melayu
Kategori: Keagamaan
Ulasan
Buku Bertajuk S.E.M.P.U.R.N.A merupakan sebuah buku motivasi diri yang menggabungkan tiga orang penulis yang berbeza. Kesemua penulis ini menggabungkan hasil penulisan mereka kerana rasa tanggungjawab kepada umum dalam menyampaikan isu-isu ilmiah yang melingkupi kehidupan seharian dan berharap buku motivasi ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang sedang menghadapi masalah kehidupan .
Buku ini mengupas pelbagai persoalan isu masyarakat dengan tujuan memberikan inspirasi dan motivasi kepada pembaca. Selitan kata-kata hikmah secara santai, gabungan bingkissan puisi, coretan kisah-kisah benar dan peribahasa dimuatkan supaya lebih indah dan menyentuh jiwa pembaca. Beberapa dalil dari Al-Quran serta hadis juga diadun untuk pembaca agar ianya menggamit hati pembaca
Buku ini mengajak pembaca kea rah kebaikan dan menjadi lebih baik. Walaupun kehidupan yang pebuh cabaran kadang-kala boleh melemahkan semangat kita untuk terus berjuang dalam hidup namun dengan membaca buku ini, sedikit sebanyak membantu kerisauan hati yang melanda dan diharapkan dapat menjadi panduan dan semangat untuk bangkit semula.
Judul :S.E.M.P.U.R.N.A
Pengarang : Syazana Samsul, NF. Amira Salleh, Miza Ramli.
Penerbit : Mustread Sdn. Bhd.
Tahun Terbit : 2019
Harga : RM 25.00
Muka Surat : 181 ms
Rating : 6/10
Disediakan Oleh :
Liza binti Che Omar
Perpustakaan Desa
Simpang Pelangai
No comments:
Post a Comment