Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, November 7, 2019

Metanoia /Mohammad Luqman Hakim (Luqmmann) /Mustread Sdn. Bhd. /2019

No. Perolehan:    EPEL 002255
Call No:    297.57 (LUQ)
ISBN:    9789672250432
Bahasa:    Melayu
Kategori:    Keagamaan

Ulasan :  

Buku Bertajuk METANOIA yang disebut Me-ta-no-ya merupakan sebuah buku motivasi diri yang bercirikan keislaman yang digarapkan melalui pengalaman penulis dalam perjalanan kehidupannya.

Buku ini dinamakan Metanoia dari perkatan Greek kerana keunikannya sebutannya dan makna perkataan tersebut yang sangat bertepatan dalam membina jati diri seorang manusia yang ingin mengubah
minda,
hati,
diri atau
cara hidup yang diredhai Allah SWT.

Berbagai pengalaman dan kisah hidup yang dipaparkan didalam buku ini dengan cara yang berbeza dan setiap keadaan.

Kesabaran, bijak dan banyak halangan telah mematangkan seseorang asalkan sanggup berusaha, tidak mudah putus asa dan sentiasa berpegang teguh dengan prinsip diri dapat membina kematangan diri.

Buku ini juga mengajak pembaca melihat sesuatu kejadian yang berlaku setiap pada diri sendiri mempunyai hikmahnya.

Di sebalik setiap kejadian, itulah pelajaran kepada setiap insan yang hendaknya melihat dengan mata hati bahawa ianya berlaku tidak sia-sia dan saling berkait rapat dengan persekitaran dan masa yang dilalui oleh mereka.

Setiap yang berlaku memberi pengajaran kepada kehidupan dan panduan untuk kita untuk meneruskan kehidupan.

Judul    : Metanoia - Kau Tak Akan Berubah Selagi Kau Tidak Bergerak Dari Dudukmu.
Pengarang    : Mohammad Luqman Hakim (Luqmmann)
Penerbit    : Must Read Sdn. Bhd.
Tahun Terbit    :2019
Harga    :    RM 18.00
Muka Surat    :    111 ms
Rating    :    6/10

Disediakan Oleh    :
Liza binti Che Omar
Perpustakaan Desa
Simpang Pelangai

No comments: