Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, November 7, 2019

Martabat Bangsa Melayu /Azlina Awang /Pustaka Minda Optimis /2017

No Perolehan: 18 clan 003629 
ISBN 978-967-0366-54-8     
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: Dewasa

Ringkasan/ Ulasan
Masyarakat Melayu adalah salah satu komponen dari bangsa Malaysia.

Kebanyakan adalah penduduk setempat yang telah menghuni wilayah Semenanjung Tanah Melayu dan Pulau Borneo bahagian barat laut.

Definasi Melayu adalah sebagai penduduk peribumi yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam, dan yang menjalani tradisi dan adat istiadat Melayu.

Semenjak merdeka orang Melayu adalah penduduk majoriti negara ini.

Hari ini, orang Melayu membentuk 65 peratus penduduk Malaysia.

Setiap orang di Malaysia mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama, namun rakyat yang berketurunan Melayu mempunyai hak yang istimewa berbanding bangsa lain di Tanah Melayu.
Buku Martabat Bangsa Melayu mengkaji latar belakang bangsa Melayu dan hak-hak istimewa orang Melayu sejak dahulu yang telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Perjanjian ini telah pun diamalkan di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi.

Semoga dengan adanya buku ini di pasaran dapat memberi pengatahuan dan pendidikan kepada masyarakat berkenaan martabat bangsa Melayu.   

Judul  : Martabat Bangsa Melayu                           
Pengarang: Azlina Awang 
Penerbit: Pustaka Minda Optimis
Tahun terbitan: 2017        
Harga: RM 129.00
Mukasurat: 127ms                                          

No comments: