ULASAN BUKU JULAI
JUDUL BUKU : AWAK SUKA SAYA TAK ?
NO. PANGGILAN : F MEL
ISBN : 978-967-15372-0-6
PENERBIT : ANGGUN MELOR
TARIKH / TAHUN : 2017
EDISI BAHASA : Bahasa Melayu
HARGA : RM 60.00
ULASAN :
Ia mengisahkan kasih sayang diantara 2 insan istimewa yang membuai tika manis, menyentak tika marah dan menginsafkan tika diuji.
Ia mengisahkan Hilman Yong seorang jejaka kacukan Cina Korea yang baru mengenali Islam apabila bertemu jodoh dengan Intan Zulaikha sejak 11 tahun yang lampau.
Namun mereka terpaksa mengharungi pelbagai ujian allah swt dalam menguji sejauh mana keutuhan rumahtangga mereka.
Mereka terpaksa me menghadapi sindiran dari masyarakat sekeliling, namun , rumahtangga mereka tetap utuh dan mampu mengharungi segala pahit maung dan rintangan dalam menguji ketabahan dan kesabaran sebagai “saudara baru” yang baru mengenali islam.
Buku ini juga memaparkan bagaimana kasih sayang sepasang isteri dan suami yang bergelar mualaf dalam mempertahankan rumah tangga mereka supaya kekal harmoni.
DISEDIAKAN OLEH : AHMAD AZMI B. HJ AHMAD
No comments:
Post a Comment