Perpustakaan Desa Leban Chondong
Buku bertajuk “Care Yourself Stroke “ memaparkan ilmu pengetahuan tentang penyakit strok dan jenisnya, factor penyebab strok seterusnya langkah-langkah pencegahan penyakitstrok.
Secara ringkasnya strok adalah penyakit serebrovaskular (salur darah otak) yang menyebabkan gangguan fungsi otak kerana adanya kerosakan atau kematian jaringan otak akibat kurang atau tersumbatnya aliran darah dan oksigen keotak dan boleh menyebabkan salur darah pecah.Mengenali jenis-jenis strok ini amat penting dan dapat dikenali oleh doktor yang mendiagnosis serangan strok ini
Pencegahan dan pengubatan diri sendiri melalui pengaturan pola makan,terapi herba dan urutan,terapi diet, akupuntur ,terapi santai dan meditasi dapat mengurangkan keparahan penyakit pasca strok ini.
Selain daripada itu terapi rehabilitas untuk kembalikan fungsi tubuh juga perlu dengan mengadakan latihan gerak pasif, gerak aktif, latihan penguatan dan latihan aktiviti seharian.Terapi hebabilitatif juga diperlukan bagi mengatasi disfungsi seksual pasca strok.Buku ini turut menyajikan resepi herba, resepi makanan dan panduan panduan kehidupan harian pesakit pasca strok.
Penulis: Dr.Lili Indrawati, Dr.Wening Sari, Cetar Setia Dewi
Penerbit: S.A.Majid & Co.Sdn Bhd
Tahun terbit: 2013
Harga: RM22.80
Muka surat: 168 muka surat
No/Perolehan: 13/003881
No.Panggilan: 616.81
No.ISBN: 978-967-371-412-4
Disediakan oleh
Zaliha Binti Mohd Yunus
Pembantu Perpustakaan
Perpustakaan Desa Leban Chondong
Disemak Oleh:
Norhidayah Binti Salleh
Ketua Perpustakaan
Perpustakaan Awam Daerah Rompin
No comments:
Post a Comment