Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Sunday, December 16, 2018

BUKU CEMPAKA SARI SEJARAH KESULTANAN NEGERI PERAK PENERBIT GERODA MERAH PRESS

ULASAN BUKU JUN 2018

JUDUL BUKU : CEMPAKA SARI SEJARAH KESULTANAN NEGERI PERAK
NO. PANGGILAN 951.2
ISBN :           978-967-137-772-2
PENERBIT : GERODA MERAH PRESS
TARIKH / TAHUN : 2018
EDISI BAHASA Bahasa Melayu
HARGA : 45.00

ULASAN
Kesultanan Perak yang diasaskan pada tahun 1528 merupakan antara negeri di Malaysia yang sentiasa berhadapan dengan konflik sejak awal penubuhannya.

Adalah diketahui umum bahawa negeri Perak sering berhadapan dengan ancaman dari musuh yang bukan sahaja datang dari rantau Asia Tenggara, malah kuasa Barat seperti Belanda dan England yang bersaing untuk memonopoli kekayaan hasil bumi di negeri tersebut.

Biarpun negeri Perak pernah menikmati zaman emasnya, namun konflik perebutan takhta yang berakar dalam kalangan kerabat istana Perak yang menjadi punca kepada kesilapan pemerintah negeri itu pada akhir abad ke-19, sekaligus membuka jalan kepada British untuk mengukuhkan cengkaman mereka di Semenanjung Tanah Meayu.

Menerusi buku Cempaka Sari, pembaca akan dibawa menelusi sejarah Kesultanan Perak yang mempunyai pelbagai tokoh dan tidak kurang juga duri dalam daging yang mencorakkan perjalanan negeri itu sehinggalah ke hari ini.

Buku tulisan M.A. Fawzi Basri ini yang menggabungkan hasil kajian beliau dan rujuk silang daripada sumber tempatan dan luar negara seperti R.O. Winstedt menceritakan dengan terperinci kisah-kisah yang berlaku di dalam negeri Perak di awal penubuhannya.

Bagi anak negeri Perak, Cempaka Sari merupakan sumber sejarah yang perlu dibaca dan difahami agar kisah perjuangan leluhur mereka tidak hilang ekoran ditelan arus pemodenan.

Disediakan oleh : Norizan binti Zahari

No comments: