Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Friday, December 21, 2018

NOVEL Genderuwo Pengarang Hasrudi Jawawi Penerbit Buku Prima

NOVEL Genderuwo Pengarang Hasrudi Jawawi Penerbit Buku Prima

No Perolehan: DCAM 06471
ISBN: 978-967-446-425-7
Kategori: 899.2333

Ringkasan/ Ulasan: Genderuwo
Sejak Faris kerap ke Pohon Banyan di kaki bukit itu, hidup mereka sekeluarga mula terasa aneh. Ternyata tebakan Aminah mengenai adiknya itu, benar! Adiknya itu telah didampingi 'sesuatu'. 'Sesuatu' yang menyerupai seekor mawas!

Bukan satu, tetapi dua makhluk misteri telah menghampiri Faris tanpa mereka sedari. Kelibat budak perempuan yang sering muncul di bilik Faris ternyata ada kaitan dengan tasik bekas lombong yang ada di atas bukit berhampiran rumah mereka.

Semakin hari semakin kerap makhluk serupa mawas dan kelibat budak perempuan yang tidak dikenali itu muncul di dalam rumah mereka. Atas bantuan Gunawan, misteri berkaitan dengan dua makhluk itu dapat dibongkar.

Makhluk persis mawas yang dikenali sebagai Genderuwo itu muncul kerana mahu menuntut haknya! Manakala budak perempuan yang tidak dikenali itu pula mendekati Faris kerana inginkan pertolongan dari anak kecil itu.

Di antara Faris dan Aminah, siapa yang menjadi hak kepada Genderuwo itu?

Apa kaitan budak perempuan yang mengaku dirinya sebagai Badarsila itu dengan Faris?

"Saya takut ada benda cuba dekati Tikah. Yalah, apa yang hilang lapan tahun dulu masih tak dijumpai hingga sekarang, kan? Saya takut ada yang tak tenang." - Latifah

"Faris dalam bahaya, bu. Ami yakin, dia kerap ke pokok banyan kat kaki bukit tu bukan sebab tempat tu best untuk dia duduk seorang diri. Ada 'sesuatu' yang dah bawa dia ke sana." ~ Aminah.

"Kalau betul makhluk macam mawas tu Genderuwo seperti yang Gunawan katakan semalam, bermakna ada seseorang dah seru makhluk tu." - Syamimi.

"Aku rasa mungkin disebabkan adik aku dapat tengok makhluk-makhluk dari alam lain buat dia jadi macam tu." -Aminah

"Selagi aku gak tahu, sebab utama mengapa Genderuwo itu menganggu keluarga kamu, selagi itu aku gak tahu solusi terbaik mahu mengusir Genderuwo itu. Aku hanya bimbang, ada dari keluarga kamu sudah memanggil Genderuwo itu dan telah meminta pertolongan darinya.

Novel ini  menampilkan cerita kisah seram dan amat menarik diharap pembaca sangat seronok membacanya.

Judul: Genderuwo.
Pengarang: Hasrudi Jawawi
Penerbit: Buku Prima
Tahun Terbit: 2018
Harga: RM25.00
Muka surat: 419
Rating: 5

No comments: