Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, December 20, 2018

Novel BANJA MANGGALA Pengarang Ramlee Awang Murshid Penerbit Buku Prima

Novel BANJA MANGGALA Pengarang Ramlee Awang Murshid Penerbit Buku Prima

No Perolehan: DCAM 06468
ISBN: 978-967-446-425-7
Kategori: 899.2333
Ringkasan/ Ulasan: Banja Manggala

AMAR diselamatkan sepasukan komando Malaysia di sebuah telaga pada penghujung Perang Bosnia pada tahun 1995. Askar-askar Serbia yang memburunya ditemui mati dibaham kawanan serigala.

Amar bersama sebilangan kanak-kanak Bosnia dibawa ke Malaysia dalam program anak angkat. Dia akhirnya diasuh dan dibesarkan oleh keluarga seorang jeneral, iaitu Dato’ Husam dan isterinya, Datin Normazlina. Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan bernama Rania.

Dua puluh tiga tahun berlalu, Amar sering dibayangi seekor serigala salji. Sering bermimpi berada di lembah banjaran Bosnia-Herzegovina yang hanya dihuni kawanan serigala.

Dipercayai lembah banjaran itu kehilangan seorang Armel. Sejak peristiwa itu kehidupan Amar menjadi serabutan. Akhirnya dia pulang semula ke Bosnia-Herzegovina untuk mencari jawapan tentang asal usulnya yang diyakini berasal dari lembah berjiwa kosong.

Rania yang bertugas di sebuah stesen penyiaran antarabangsa membuat penggambaran travelog musim kedua tentang perang Bosnia. Bagaimanapun perancangannya tidak menjadi apabila diculik di Saravejo bersama dua rakan sekerjanya.

Amar yang kebetulan berada di Wilayah Balkan nekad untuk menjejaki adiknya. Pada masa yang sama pembunuhan bersiri turut berlaku. Culik dan bunuh, jenayah kejam yang sedang disiasat oleh seorang pegawai polis veteran bernama Hasanovic.

Banja Manggala – apakah maknanya di lembah banjaran Bosnia-Herzegovina?
Siapakah Armel yang hilang itu?
Apakah hubungan Amar dengan kawanan serigala?

RAMLEE AWANG MURSHID menukilkan sebuah fantasi ibarat mengolahnya menjadi sebuah filem. Sarat dipenuhi saspens. Elemen cinta sangat kuat kali ini. Disulami dengan lataran salji dan bayu pergunungan dalam dunia magis yang tersembunyi.

Novel ini sangat menarik dan disarankan untuk dibaca novel ini merupakan salah satu novel thriller yang barfantasi tinggi dan amat diminati di Negara kita.

Judul: Banja Manggala.
Pengarang: Ramlee Awang Murshid
Penerbit: Buku Prima
Tahun Terbit: 2018
Harga: RM25.00
Muka surat: 467
Rating: 5

Disediakan oleh
ROSNIZA BT ELIAS

No comments: