Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Sunday, December 9, 2018

Buku Bila Hidayah Menyapa Pengarang Norhayati Jusoh

ULASAN BUKU BULAN NOVEMBER 2018


No Perolehan    :    EPAL 17/000817

ISBN    :    978-967-5994-93-7

Kategori    :     Agama 

Ringkasan / Umum :

Buku Bila Hidayah Menyapa merupakan kompilasi lapan kisah hidup insan-insan terpilih dalam menuju cahaya Ilahi.

Mereka datang dari pelbagai latar belakang termasuk dari golongan elit agamawan yang akhirnya berpaling mencari erti makna kehidupan sebenar dalam memaknai perjalanan kehidupan yang ditempuhi. Pengembaraan melalui denai dan lurah yang penuh cabaran dan tragis, bukanlah suatu yang mudah indah.

Hidayah adalah nikmat agung yang hanya dirasai oleh orang-orang yang ikhlas dalam memburu cinta-Nya serta sanggup menggadai kilauan perhiasan dunia.

“Menelusuri jalur kehidupan mereka bukan sekali air mata diseka. Menelusuri jalur kehidupan mereka bukan setakat menambah iman di dada tetapi keaazaman untuk terus mengikut jejak langkah yang dibina. Menelusuri jalur kehidupan mereka menyedarkan kita hidayah adalah kurniaan hebat Allah untuk memberi nilai tertinggi kepada manusia itu sendiri.”

Melahirkan buku ini bererti berjalan bersama mereka tatkala fitrah insan mencari-cari sesuatu dalam hidupnya. Lantas hidayah yang menyapa lembut itu disahut mesra kerana pasti hidayah itu adalah horizon yang paling indah dalam hidup. 

Selamat membaca dan mendapat inspirasi iman darinya!!!

Judul :    Bila Hidayah Menyapa

Pengarang    :    Norhayati Jusoh

Penerbit    :    Casamas Resources Sdn Bhd

Tahun Terbit   :    2017

Harga    :    RM 18.00

Muka surat    :    138

Rating

Disediakan Oleh: Disemak Oleh :
Noraziah Binti Abd. Razak Norkamila Binti Mahmud
Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah
PD Paloh Hinai PAD Pekan

No comments: