Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, September 2, 2020

Buku: Cakar Ayam Seorang Doktor 3.0 Penulis: Dr. Kamarul Ariffin Penerbit: KataPilar Books

Buku: Cakar Ayam Seorang Doktor 3.0 Penulis: Dr. Kamarul Ariffin Penerbit: KataPilar Books

Buku: Cakar Ayam Seorang Doktor 3.0

Penulis: Dr. Kamarul Ariffin

Penerbit: KataPilar Books

No Panggilan: 808.882

Harga: RM30.00

Ulasan:

Buku ini sangat berguna kepada yang memerlukan info berkaitan bidang kesihatan. Disampaikan secara santai oleh penulis dengan menyelitkan unsur-unsur jenaka namun perkongsian yang disampaikan banyak membantu dalam memahami aspek kesihatan.

Kandungan buku ini merangkumi tips-tips dan panduan kesihatan, info dan maklumat berkaitan kesihatan dan isu semasa. Dengan membaca buku ini, pembaca dapat memahami pelbagai jenis penyakit, nasihat dan tips perubatan. 

Selain itu, melalui buku ini, para penulis juga menyelitkan pengalaman mereka ketika bertugas. Antara lain yang dimuatkan dalam pengalaman menjadi seorang doktor adalah cara menangani pesakit, tindakan semasa berdepan dengan pesakit, dan cabaran-cabaran yang dihadapi seorang pegawai perubatan. 

Bagi yang bercita-cita menjadi pegawai perubatan, buku ini amat sesuai menjadi bahan bacaan awal sebagai persediaan kearah kerjaya yang dipilih.

Pengulas: 

Nur Diana Binti Abdullah

PD Bukit Ibam (2020)

Disemak oleh: 

Norhidayah Binti Salleh

Ketua Perpustakaan Awam Daerah Rompin

Link [goodreads]

No comments: