Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, September 9, 2020

BUKU The Malay in AUSTRALIA Language, Culture, Religion / ASMAH HJ OMAR / DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA / 2008

PD JAMBU RIAS BENTONG – BIL 1/2020. BUKU The Malay in AUSTRALIA Language, Culture, Religion / ASMAH HJ OMAR / DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA / 2008


TAJUK BUKU :  The Malay in AUSTRALIA - Language, Culture, Religion

PENGARANG :  ASMAH HJ OMAR

NOMBOR PANGGILAN :  305.899

ISBN :  978-98-46-0080-6

BAHASA :  INGGERIS

KATEGORI :  Kemasyarakatan

ULASAN :


Lagenda Melayu Hang Tuah pernah berkata’ tidak melayu hilang di dunia’.  

Begitulah perumpamaan yang dapat dikaitkan dengan tebaran rumpun Melayu di serata dunia.  Bangsa Melayu itu sendiri berkembang biak diserata pelosok benua samada bermigrasi menerusi perkahwinan, tugasan, atau buruh paksaan atau orang buangan.  

Dalam konteks Melayu di Pulau Cocos pula di bawa oleh John Clunies Ross untuk bekerja di ladang kelapa sekitar tahun 1827 -1831.

Bila menyebut mengenai Melayu di Australia ia merujuk kepada Melayu yang menetap di Pulau Cocos dan Pulau Krismas.  Selepas itu etnik Melayu berpindah ke Kataning di tanah besar AUSTRALIA.  

Etnik Melayu yang terawal sampai di Pulau Cocos dipercayai dibawa oleh pengembara berbangsa Inggeris iaitu Alexander Hare.  

Alexander bersama pasangannya yang berbangsa Melayu serta hamba abdi berbangsa Melayu tiba di Pulau Cocos pada tahun 1826.  Masyarakat melayu yang ada di pulau cocos terdiri dari orang-orang melayu yang dibawa dari Semenanjung Tanah Melayu, iaitu Melaka, Selangor dan Perak.  Sementara masyarakat Melayu  dari kepulauan Indonesia pula dari Pulau Jawa, Irian Jaya dan Sulawesi.

Pemerintahan John Clunies Ross selama 150 tahun mereka bekerja di ladang kelapa miliknya dan beliau mewujudkan matawang plastik khusus untuk membeli keperluan harian di Pulau Cocos.  

Pekerjaan mereka pula ialah menanam  dan mengutip hasil kelapa.  Terdapat juga pekerja lain iaitu menyelam mutiara, dan kerja-kerja lombong fosfat di Pulau Christmas.  Sesuai dengan pertambahan bilangan penduduk dan kekurangan pekerjaan mereka berhijrah lagi ke Katanning.  

Peredaran  dan keperluan semasa bidang kerjaya mereka juga bertambah besar iaitu penyembelih kambing atau ternakan, berkerja sebagai pemetik buah-buahan, pekerja industry, guru dan kakitangan pentadbiran.  Orang-orang Melayu masih mengekalkan agama Islam dan merayakan perayaan penting dalam calendar islam. 

Dari segi budaya masyarakat Melayu di Pulau Cocos mengamalkan caya hidup orang Melayu dalam aktiviti seharian mereka.  Ini jelas dapat dilihat dari segi pakaian, perayaan, makanan dan pertuturan.  

Semangat gotong royong dalam melaksanakan kerja-kerja besar dan hidup bermasyarakat masih diamalkan.  Walaupun mereka boleh berbahasa melayu iaitu percampuran antara Bahasa Melayu Malaysia dan Indonesia tetapi dialek pertuturan mereka tetap mempunyai kelainan tersendiri namun ianya  masih boleh difahamai.  

Kelas-kelas agama untuk mengajar fardhu ain, kifayah dan mempelajari al-Quran.

Nama Fail Cover Buku :  Ulasan Buku PD Jambu Rias Bil 1/2020

Pengarang :  Asmah Hj Omar

Penerbit :  DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Tahun Terbit :  2008

Mukasurat :  139

Rating :  8/10


Disediakan oleh:  Juriah bt Mohamed Pembantu Pustakawan  Desa Jambu Rias

LINK BERKAITAN [kafilahbuku] [library.ikim]

No comments: