Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, September 9, 2020

Buku Mauizhah Hasanah 4 Talian Hayat Di Barzakh / Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2020 PD KEMASUL. Buku Mauizhah Hasanah 4 Talian Hayat Di Barzakh / Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

Tajuk Buku: Mauizhah Hasanah 4: Talian Hayat Di Barzakh

Penulis: Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

ISBN: 978-983-097-713-3

Halaman: 190

Harga   : RM22.00

Mau‘izhah Hasanah 4: Talian Hayat Di Barzakh menekankan perkaitan antara kita yang masih hidup dengan mereka yang sudah meninggal dunia.

Sesungguhnya alam barzakh sangat menakutkan, maka sewajarnya kita mempersiapkan sebanyak mungkin amal sebagai bekal untuk ke sana.

Namun jika bekal yang dibawa tidak mencukupi, apa lagi daya yang ada saat kita sudah tiba di barzakh, hanya doa daripada yang hidup terutama daripada anak-anak yang soleh  mampu membantu meringankan azab kubur. 

Sebab itu kita kena mengajar anak-anak kita apa itu tanah perkuburan dan perkara mengenai kematian supaya bila kita meninggal dunia merekalah yang akan mendoakan kita nant kerana mereka  adalah sepertiga harta pusaka  yang akan mendapat pahala  berterusan daripada Allah jika mereka anak yang soleh ke jalan Allah.

Hanya doa dari mereka yang masih hidup akan memberi kelegaan. Doa orang Mukmin membantu ahli kubur seperti talian hayat di barzakh. Dan jika yang datang itu orang fasik, ahli kubur tidak menyukainya kerana mereka akan terseksa ddalam kubur.

Talian hayat yang paling  berkesan adalah orang yang mengajarkan ilmu, yang mengalirkan sungai,orang yang membuat telaga, orang yang menanam pohon kurma, orang yang membangunkan masjid, orang yang mewariskan kitab Al Quran dan anak yang ditinggalkan mendoakan kedua ibubapanya. Bacalah buku ini kerana akan membawa kita kesyurga Jannah .jika kita memgamalkannya dan merupakan talian hayat untuk kita jika kita meninggal dunia kelak.

Disediakan oleh: ARMAH BINTI ABAS, PERPUSTAKAAN DESA KEMASUL

Link [galeriilmu]

No comments: