Buku sujud yang terakhir / aizuddin hamid / sentap press / 2019
Call no. : fmd aiz. Isbn : 978-967-2118-17-6
Bahasa :bahasa melayu
Kategori : fiksyen melayu dewasa(koleksi tarbiah sentap)
Ulasan: Buku ini banyak menekankan kehidupan yang berlandaskan agama dimainkan oleh watak faizal dan asyraf sehingga membawa penghijrahan hidup rakan-rakan kolejnya iaitu malik dan kalai.
Malik yang sebelumnya hanyut dalam percintaan bersama ika telah kembali mengikut landasan islam dengan meninggalkan dunia percintaan yang melalaikan dengan fokus belajar dan mencari redha allah, faizal pula ditakdirkan meninggal dunia sebelum sempat melihat perubahan hidup malik.
Kalai telah memeluk agama islam setelah melihat keindahan islam melalui asyraf dan meneruskan aktiviti dakwah untuk menarik lebih ramai non muslim menghayati keindahan islam seperti dirinya.
Setelah malik tamat belajar dan mendapat pekerjaan guru, malik telah melamar ika melalui orang tua ika dan ika pula terpaksa memilih kerana pada masa yang sama irfan turut melamar ika melalui yana rakan sekolah ika. Setelah istikharah dan istisyarah ika memilih malik sehingga menimbulkan kemarahan di hati irfan sehingga sanggup mengupah nina untuk mengfitnah malik.
Semua terlerai dengan berkat kesabaran malik mencari bukti untuk mempertahankan perkhawinan yang bakal dibina. Asyraf pula dengan berkat keikhlasan dan pendekatan yang baik telah menyelamatkan empat orang anak muda bernama aqil, hafiz, amirun dan syauqi dari terus hanyut tidak bersekolah dan sering melepak untuk mencari kebahagiaan sendiri akibat masalah kekeluargaan.
Asyraf dan malik juga berjaya menyedarkan seorang transgender bernama sally atau nama sebenarnya saleh sehingga saleh ditakdirkan allah meninggal sewaktu sujud solat maghrib dengan penuh keinsafan.dan kematiannya dicemburui ramai orang yang hadir menyempurnakan jenazahnya.
Judul : sujud yang terakhir
Pengarang : aizuddin hamid
Penerbit : sentap press sdn bhd
Tahun terbit :2019. Harga :rm30.00. Muka surat :390
Ulasan Buku, Ulasan Buku 2020, Ulasan Buku 2020 Muhamad Nur Syukran Muhamad Hanafiah, Ulasan Buku Kewangan Islam, Ulasan Buku PAD Maran 2020,
No comments:
Post a Comment