Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Friday, September 11, 2020

KETIKA AZAZIL BERPUTUS ASA / HADI FAYYADH / IQES TIJARAH TRADING / 2017

CALL NO. : 899.2333 HAD

ISBN : 978-967-14276-1-3

BAHASA :BAHASA MELAYU

KATEGORI : AGAMA ISLAM


ULASAN: 

Buku ini mengisahkan tentang seorang kembara saintis astronomi atheis yang tidak percaya kewujudan tuhan.


Prof Dr. Fayyadh bersama kawan-kawannya mengalami peristiwa proses jajaran matahari yang mengimbangi 8 planet tidak selari dengan sistem suria bumi satu penyebab gelombang hitam kosmos.


Walhal dunia sudah mula menyedari hakikat saat kehancuran semakin menghampiri kehidupan dan peradapan manusia. Apatah lagi kebuntuan membuatkan hati akhirnya membolak balikan setiap hari.


Apabila datangnya musibah kemarau dan kebuluran adalah kemuncak fitnah dan penipuan.Seseorang yang melihat dunia dari pandangan akhirat maka dia selamat manakala melihat akhirat dari pandangan dunia barangkali akan jadi sebahagian dari pengikutnya seperti kedatangan dajjal, baginya neraka itu syurga dan syurga itu neraka dan dajjal menggelarnya the great god bagi menyambung perjuangan nenek moyang mereka iblis Azazil.


Dengan kedatangan Imam Al Mahdi dan Nabi Isa a.s. merungkai kezaliman dengan keadilan.Dikala ini puak Yahudi Zionis banyak menanam pokok dikenali gharqad bagi membantu menyembunyi diri dicelah-celah pokok dari tentangan kaum muslimin.


Atheis yang dahulu tak mempercayai ujudnya Allah mendapat bimbingan dengan mengenali karyanya iaitu Al-Quran.


Tidak ada yang selamat melainkan mereka yang teguh menjaga akidahnya.Akan tetapi setiap manusia dimana perhatianya adalah perutnya,kebanggan mereka adalah harta benda dan qiblatnya adalah wanita,agama mereka adalah wang dan mereka itulah paling hina dan tidak mendapat disisi Allah.


Prof DR.Fayyadh bermakna limpahan rezeki dan dermawan akan bersiri kedua menuju ke timur bagi menjulang ketauhidan Allah.


JUDUL : KETIKA AZAZIL BERPUTUS ASA

PENGARANG : HADI FAYYADH

PENERBIT : IQES TIJARAH TRADING

TAHUN TERBIT :2017

HARGA :RM20.90

MUKA SURAT :300

PENGULAS: ZAINI BIN MOHAMED

No comments: