Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, September 9, 2020

Buku: MAGIS / Ramlee Awang Murshid / Grup Buku Karangkraf / 2018

 Buku: MAGIS / Ramlee Awang Murshid / Grup Buku Karangkraf / 2018

ISBN: 978-967-446-416-5

Kategori: F RAM

Ringkasan/ Ulasan

Novel Magis ini menceritakan berkenaan fenomena Halo yang telah mengheret lima manusia yang berlainan tempat dan berbeza tahun ke sebuah dunia magis. 

Sebuah dunia di hujung waktu ketika tamadun serta peradaban manusia mulai terhakis. Mereka yang terpilih terjebak ke lokasi yang berbeza-beza.

Pelbagai kisah menarik dan magis yang penulis gambarkan di dalam novel ini seperti Tombiruo yang kini berwajah manusia dan tampan, dubuk yang pandai berkata-kata dan pelbagai lagi aksi menarik.

Justeru apakah kesudahan lima manusia ini, penulis telah member plot yang magis untuk mengakhiri novel ini.

Judul: Magis

Pengarang: Ramlee Awang Murshid

Penerbit: Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd

Tahun Terbit: 2018. Harga: RM25.00. Muka surat: 512

Link Berkaitan: [karangkraf]

No comments: