Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Friday, September 11, 2020

Buku: Percaya Aku Boleh, Pasti Berjaya Jangan Putus Asa / Ustaz Habib Zainal Abidin / Sri Saujana Marketing / 2019

ULASAN BUKU JANUARI 2020. Buku: Percaya Aku Boleh, Pasti Berjaya Jangan Putus Asa  / Ustaz Habib Zainal Abidin / Sri Saujana Marketing / 2019

ISBN: 978 -  983 – 967 – 2133 – 78  – 0

Kategori:  Motivasi

Ringkasan / Umum :

Di antara dua jenis hamba Allah itu,satu golongan yang diberi kebaikan melalui ketaatan merak melakukan ibadah,siang dan malam,mereka dipancarkan oleh cahaya solat malam,bacan al-Quran,wirid dan zikir lalu dipenuhi oleh keceriaan.

Namun golongan lain bagi Allah kurniakan kebaikan melalui cabaran dan dugaan. Lalu dengannya hati mereka menjadi hidup,jiwa semakin mantap dengan keimanan dan ketakwaan,lantaran asakan cabaran dan ujian.

Inilah persoalan pokok yang dibincangkan dalam buku ini. Buku yang memuatkan  dengan petikan daripada 

al-Qura n dan hadis,serta pandangan para sahabat Rasullullah S.A.W  yang boleh membangkitkan dorongan dan semangat untuk terus maju meredah segala cabaran dan ujian dalam hidup ini.

Sesungguhnya,buku ini juga mengajak anda mengenal lebih dekat lagi akan hakikat cabaran,musibah dan ujian yang Allah turunkan ke atas sesiapa  di kalangan hamba-Nya yang dikehendaki di kalangan para nabi-Nya,para sahabat Rasullullah S.A.W  serta tokoh pejuangan kebenaran yang mampu dan berjaya berhadapan dengan ujin getir dalam perjungan tanpa ada tempoh waktunya.Mereka berjaya mengukir sejarah kebaikan dan kebahagiaan yang dapat dicontohi oleh genarasi sezaman mereka dan selepas meraka.

Judul:   Percaya Aku Boleh, Pasti Berjaya Jangan Putus Asa. Pengarang:   Ustaz Habib Zainal Abidin. Penerbit:  Sri Saujana Marketing. Tahun Terbit:  2019. Harga:  RM 22.00. Muka surat:  250

Disediakan Oleh: Di semak Oleh : 

Kamariah Bt Omar         Norkamila binti Mahmud

Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah

PAD Pekan PAD Pekan

No comments: