Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Friday, September 4, 2020

Buku: Perkahwinan Masyarakat di Malaysia / Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara / Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara / 2012

Buku: Perkahwinan Masyarakat di Malaysia / Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara / Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara / 2012


ISBN: 978-967-5552-24-3

Kategori: 392.5092

Ringkasan/ Ulasan


Budaya pelbagai kaum di negara ini  adalah satu keunikan yang terdapat dalam kehidupan masyarakat Malaysia dan salah satu adalah adat perkahwinan. 

Sebuah buku yang memaparkan tentang adat perkahwiana masyarakat Malaysia iaitu Melayu, Cina, India, Orang Asli dan pelbagai kaum di Malaysia. Pelbagai upacara adat perkahwianan mengikut kaum masyarakat Malaysia diterangkan dalam buku ini seperti adat merisik, meminang, pertunangan dan upacara perkahwinan yang begitu unik. 


Terdapat juga adat perkahwianan yang hampir sama dengan satu sama lain seperti adat  pertunangan tetapi peralatan yang digunakan adalah berlainan. 


Kepelbagaian budaya khususnya perkahwianan masyarakat di Malaysia yang ditulis pada buku ini dapat memberi pengetahuan kepada masyarakat mengenai adat perkahwinan serta budaya rakyat  Malaysia. 


Buku ini juga diharap dapat meningkatkan kefahaman terhadap adat istiadat perkahwinan dan amat sesuai dibaca oleh generasi baru masyarakat Malaysia.

                                    

Judul: Perkahwinan Masyarakat di Malaysia

Pengarang: Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara

Penerbit: Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara

Tahun Terbit: 2012

Harga: RM 30.00

Muka surat: 62


Ulasan oleh: Lizune a/l Met, 

Pembantu Pustakawan PAD Temerloh.

No comments: